Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

United akan ingatkan Spurs masa depan mereka ‘malap’ tanpa Kane

Aug 19, 2023 | 05:30 AM



Ia bukanlah perlawanan paling meyakinkan bagi Manchester United, namun sekurang-kurangnya pasukan Old Trafford itu berjaya mengutip tiga mata penuh dan membuka tirai musim 2023/24 dengan kemenangan.

“Kami tidak berbangga dengan persembahan di padang,” kata pengurusnya, Erik ten Hag.

“Namun, kadangkala ini berlaku dalam bola sepak. Jadi kami gembira mendapat tiga mata, dan melangkah ke hadapan dengan keyakinan,” ujarnya lagi.

Namun, langkah ke hadapan itu perlu diambil dengan berhati-hati kerana pasukan lawan United seterusnya ialah Tottenham Hotspur.

Perlawanan malam ini (12.30 malam waktu Singapura) bakal diadakan di Tottenham Hotspur Stadium dan pastinya anak buah Ange Postecoglou pastinya mahu memberi jaminan kepada penyokong mereka yang gundah-gulana bahawa “masih ada kehidupan” selepas Harry Kane.

Kapten dan penjaring terbanyak Spurs itu telah berpindah ke juara Liga Jerman, Bayern Munich.

Mengulas lawannya itu, ten Hag berkata sedang pemergian Kane adalah satu kehilangan besar bagi Spurs, namun pasukan London itu masih mempunyai pemain-pemain hebat.

“Individu itu penting, tapi individu tidak membentuk pasukan. Ini diketahui semua pasukan dan saya pasti masa depan Spurs masih cerah tanpa Kane,” kata ten Hag.

Namun, yang pasti, ten Hag tidak mengharapkan masa depan yang cerah bagi Spurs dalam perlawanan malam ini.

United perlukan tiga mata lebih-lebih lagi dalam fasa baru musim ini untuk memberi mereka keyakinan dan momentum.

“Masih awal tapi dalam Liga Perdana, anda tidak boleh leka,” kata bekas pemain pertahanan dan kapten United, Gary Neville.

“Setiap perlawanan itu penting, dan Spurs kini masih mencari identiti mereka setelah kehilangan Kane. Tiada masa yang lebih baik untuk mencederakan mereka di padang sendiri,” tegas Neville, yang menyarung jersi United sebanyak 602 kali dari 1991 hingga 2011.

Bekas penjaga gawang United, Ben Foster, menerusi podcast beliau, The Cycling GK, berkata meskipun berjaya mendapat tiga mata dalam perlawanan pembukaan menentang Wolves, namun cara kemenangan itu diperolehi menimbulkan banyak tanda tanya dan keraguan.

“Dan keraguan ini ibarat penyakit yang mesti ditangani secepat mungkin. United lemah di bahagian midfield, pertahanan agak terkial-kial untuk membendung Wolves dan penyerang pula tiada taring,” kata Foster.

“Jadi kalau United dapat memperbetul keadaan tersebut dengan persembahan meyakinkan dan juga tiga mata dalam perlawanan menentang Spurs, ia akan banyak membantu memberi keyakinan kepada pasukan ini,” ujar beliau.

Bagi ten Hag sendiri, beliau akur pentingnya skuadnya bersikap yakin.

“Beberapa musim lalu, adalah sukar dan mencabar. Kami menunjukkan kemajuan dalam musim lepas, justeru pemain harus sedar bahawa mereka mempunyai kebolehan dan keupayaan, namun bermain untuk pasukan gergasi seperti United, anda perlu juga keyakinan yang tinggi, kekuatan mental dan jiwa.

“Itu yang perlu kita bangunkan dan perkukuh, bermula dengan perlawanan menentang Spurs,” tambah beliau.

Ramalan wartawan: Tottenham Hotspurs 0 - Manchester United 2.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >