KEKALAHAN ketiga dalam lapan hari adalah satu pertanda yang mungkin tidak begitu baik bagi United, terutama apabila jiran dan musuh ketat, Manchester City, terus menikmati kejayaan.
Sekalipun musim masih awal, ketinggalan enam mata pada pendahulu liga, City, bukanlah sesuatu yang diingini oleh peminat United.