Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Usaha ke Liga Europa: Jurgen Klopp

Apr 29, 2023 | 04:25 PM



LONDON: Liverpool akan mengambil peluang untuk layak ke Liga Europa dengan pasukan sudah berusaha sebaik mungkin pada musim yang disifatkan mengecewakan.



Perkara itu dimaklumkan pengendali pasukan, Juergen Klopp menjelang kunjungan Tottenham Hotspur untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Ahad.



Liverpool berada di tangga ketujuh, enam mata di belakang penghuni tangga keempat Manchester United dengan mereka sudah pun beraksi lebih satu perlawanan dan pada masa ini, tampak sukar untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara.



Ditanya sekiranya mereka gembira untuk bermain di Liga Europa, Klopp berkata: "Kami mengambil apa yang kami dapat. Bukan kami berkata yang ia akan menjadi menarik pada awal musim tetapi musim ini mengajar kami beberapa perkara. Sekiranya ia Liga Europa maka ia Liga Europa.



"Saya mahu bermain bola sepak yang terbaik mungkin. Kami perlu fokus kepada perlawanan seterusnya iaitu Tottenham. Apa yang berlaku pada minggu mendatang adalah sangat penting untuk musim depan."



Liverpool bergelut dengan konsistensi pada musim ini tetapi menewaskan West Ham 2-1 di laman lawan pada Rabu untuk meraih kemenangan ketiga liga berturut-turut buat kali pertama tahun ini.



"Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai konsistensi. Saya gembira dengan tahap prestasi pada masa ini kerana saya dapat melihat banyak perkara diinginkan dalam perlawanan dan ia sesuatu yang menggembirakan buat jurulatih," kata Klopp.



"Kami mahu fokus kepada pasukan kami sendiri tetapi tidak boleh mengabaikan kualiti lawan. Sentiasa ada sesuatu yang boleh dipertingkatkan.



"Saya sememangnya okay dengan pasukan pada masa ini tetapi kami perlu kekal fokus dan membuktikan perkara paling penting dalam bola sepak adalah meraih tiga mata."



Ahad, Liverpool akan bertemu Spurs yang tidak meraih kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini dan dimalukan 6-1 oleh Newcastle United, Ahad lalu. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >