Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Valencia milik Peter Lim pecat presiden kelab

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



MANTAN diplomat Singapura, Anil Murthy, telah dipecat dari jawatan sebagai presiden Valencia, kata kelab bola sepak yang beraksi dalam La Liga Sepanyol itu.



Anil dipecat selepas akhbar Super Deporte yang berpangkalan di Sepanyol menerbitkan klip audio yang mengandungi rakaman suara Anil mengecam pemilik Valencia, Peter Lim, yang berasal dari Singapura.



Anil juga dirakam menghina Liverpool dan Newcastle - tempat asal dua kelab Liga Perdana England (EPL).



Selain itu, Anil juga mengancam untuk 'membunuh nama-nama besar' pemain di kelab itu di media jika mereka cuba berpindah ke kelab lain.



Anil, 49 tahun, telah mendukung jawatan presiden di kelab bola sepak itu sejak Julai 2017.



Awal bulan ini, kelab itu telah mengeluarkan kenyataan yang mencemuh klip audio tersebut, yang diterbitkan Super Deporte pada 16 Mei.



Anil juga telah memberi respons pada hari yang sama, menyifatkan perbuatan itu sebagai satu percubaan mencemari kelab bola sepak tersebut.



Pada ketika itu, Anil berkata:



"Saya ingin memberi penjelasan kerana saya tidak mempunyai apa-apa untuk dilindungi. Kami berada dalam keadaan yang sukar dan kami harus memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir dengan Celta Vigo.



"Perkara seperti ini, saya yakin, berhubung dengan usaha untuk merosakkan kelab, pasukan dan kami semua menjelang perlawanan itu."



Namun dalam kenyataan terkini kelab tersebut kelmarin, kelab itu berkata keadaan itu telah menjejas hubungan kelab dengan penyokong, pihak berkuasa dan masyarakat.



Ia menambah:



"Lembaga kelab ini ini memperjelaskan kandungan yang dibocorkan itu antara Anil Murthy dengan beberapa pihak ketiga adalah pandangan peribadi Anil Murthy dan bukan pandangan Valencia CF." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >