MANCHESTER (United Kingdom): Louis van Gaal menyifatkan Marcus Rashford sebagai "bakat istimewa" selepas pemain remaja itu menyinar dalam penampilan pertamanya untuk Manchester United dalam persaingan Liga Perdana.
Rashford menjaringkan dua gol dan mencipta satu lagi dalam kemenangan 3-2 United ke atas Arsenal pada Ahad lalu.