VAR catat 13 kesilapan setakat musim EPL kali ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

VAR catat 13 kesilapan setakat musim EPL kali ini

Ini berbanding 20 kesilapan musim lalu; kesilapan VAR jejas kelab bola sepak, pengadil
Feb 5, 2025 | 2:00 PM

VAR catat 13 kesilapan setakat musim EPL kali ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lewis-Skelly (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Michael Oliver ketika perlawanan antara Wolverhampton Wanderers menentang Arsenal. VAR kemudian mengesahkan kad merah itu. Namun kad merah itu kemudian dibatalkan Persatuan Bola Sepak England.
Lewis-Skelly (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Michael Oliver ketika perlawanan antara Wolverhampton Wanderers menentang Arsenal. VAR kemudian mengesahkan kad merah itu. Namun kad merah itu kemudian dibatalkan Persatuan Bola Sepak England. - Foto REUTERS

Terdapat 13 kesilapan video penolong pengadil (VAR) dalam Liga Perdana England (EPL) setakat musim ini – berbanding 20 kesilapan musim lalu, lapor BBC Sports.

Empat keputusan salah VAR dan sembilan kesilapan yang terlepas daripada 23 pusingan pertama permainan dikesan panel Insiden Perlawanan Utama (KMI) pertandingan.

Terdapat 70 campur tangan VAR dalam 239 perlawanan liga musim ini – sekitar satu bagi setiap tiga perlawanan.

Pihak liga berkata ketepatan ‘Insiden Perlawanan Utama’ adalah pada 96.4 peratus – meningkat berbanding 95.7 peratus musim lalu.

“Tiada sesiapa di sini yang memandang rendah kepentingan dan kesan daripada satu kesilapan,” kata ketua pegawai bola sepak, Tony Scholes.

“Kami tahu bahawa satu kesilapan boleh merugikan kelab. Mata dan keputusan boleh menjejas kedudukan pengurus, dan mungkin menjejas masa bermain bagi pemain.”

Dalam kes Erik ten Hag, itulah yang berlaku di mana salah satu daripada empat kesilapan adalah penalti yang diberikan terhadap pasukannya Manchester United, dalam apa yang menjadi perlawanan terakhirnya sebagai pengurus kelab itu.

VAR juga menjejas pengadil. Polis baru-baru ini menyiasat “ancaman” yang diterima Michael Oliver berikutan kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Wolves pada Januari.

Oliver secara kontroversi memberi kad merah kepada pemain pertahanan Gunners, Myles Lewis-Skelly – keputusan yang kemudian dibatalkan selepas rayuan.

Bekas pengadil David Coote pula dipecat oleh badan pengadil pada Disember selepas “penyiasatan menyeluruh” terhadap kelakuannya.

Ditanya mengenai kepercayaan kepada pihak pengadil, Scholes berkata:

“Kita semua mempunyai tanggungjawab bagi keseimbangan dalam komen yang dibuat.

“Mereka ini bagus. Saya tahu itu bukan selalunya persepsi, tetapi seluruh dunia menyedari betapa baiknya mereka.”

Pihak EPL enggan menyenaraikan sembilan campur tangan yang terlepas, tetapi menggariskan empat kesilapan itu kepada pihak media.

Empat kesilapan yang berlaku ialah:

Kesalahan “bola ke tangan” Dango Outtara sebelum menjaringkan gol ketika Bournemouth seri 1-1 dengan Newcastle, pada 25 Ogos; Penalti diberikan apabila Matthijs de Ligt menjatuhkan Danny Ings di dalam kotak penalti ketika West Ham menewaskan Manchester United 2-1, pada 27 Oktober.

Dua lagi ialah kad merah yang diberikan kepada Christian Norgaard ketika Brentford, Everton seri 0-0, pada 23 November; Gol Nikola Milenkovic yang dibatalkan ketika Nottingham Forest menewaskan Southampton 3-2 pada 19 Januari.

Teknologi ofsaid separa automatik, yang digunakan dalam pertandingan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa), diharap akan diperkenalkan sama ada pada Oktober atau November.

Pegawai liga berharap ia akan mengurangkan masa yang diambil untuk menyemak offsaid sebanyak 31 saat.

Meskipun ragu-ragu, Scholes berkata terdapat kemajuan yang ketara sejak “empat hingga enam minggu” yang lalu.

“Teknologi ini tidak meningkatkan ketepatan, ia hanya menjadikan proses lebih cekap,” katanya.  – Agensi berita.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg