Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Verstappen atasi Hamilton bagi kemenangan ke-50

Oct 23, 2023 | 3:29 PM
KEMENANGAN BERTURUT-TURUT: Max Verstappen meraih kemenangan ke-15 pada musim ini di litar Circuit of the Americas di Austin, Texas, Amerika Syarikat.
KEMENANGAN BERTURUT-TURUT: Max Verstappen meraih kemenangan ke-15 pada musim ini di litar Circuit of the Americas di Austin, Texas, Amerika Syarikat. - Foto AFP

AUSTIN (Texas): Juara tiga kali dunia Red Bull, Max Verstappen, menewaskan pesaing utamanya, Lewis Hamilton dari Mercedes, untuk meraih kemenangan ke-50 dalam kerjaya Formula Satunya, dan menyamai rekod kemenangan ke-15 musim ini di Grand Prix Amerika Syarikat pada Ahad.

Pemandu Mercedes, Hamilton, pula menduduki tempat kedua, hanya 2.225 saat di belakang Verstappen, dengan Lando Norris dari McLaren di tempat ketiga di litar Circuit of the Americas di Austin, Texas.

Kemenangan itu adalah kemenangan ketiga berturut-turut Verstappen di Austin dengan pemandu Belanda berusia 26 tahun itu menyamai rekod yang ditetapkan dirinya sendiri pada 2022 untuk meraih kemenangan terbanyak dalam satu musim, walaupun beliau masih mempunyai empat perlumbaan lagi pada 2023.

Pasukan Red Bull dan Verstappen menguasai pertandingan itu, walaupun mereka bermula di tempat keenam, dan telah menjaminkan kemenangan pemandu mereka.

“Sepanjang perlumbaan, saya mempunyai masalah dengan brek,” kata Verstappen selepas pertandingan itu.

“Anda boleh lihat ia sangat sengit hingga akhir perlumbaan.”

Norris, yang memulakan perlumbaan di barisan depan, mendahului Charles Leclerc pada selekoh pertama, tetapi harapannya untuk meraih kemenangan pertamanya dalam perlumbaan ke-100 pudar di pertengahan perlumbaan.

Verstappen berada di tempat kelima pada penghujung pusingan satu dan ke hentian pit pada pusingan ke-17, lalu mendahului Norris pada pusingan ke-28 daripada 56 pusingan.

Namun, Verstappen tidak dapat menjauhkan jaraknya daripada pesaing, akibat masalah brek, yang memberikan harapan kepada Mercedes bahawa mereka mungkin boleh mengejar Verstappen dengan kereta mereka yang telah dinaikkan taraf.

Hamilton, memulakan pusingan terakhir hanya 1.8 saat di belakang Verstappen.

Hamilton melepasi Norris untuk tempat kedua dengan baki tujuh pusingan.

“Kami mengejarnya sehingga penghujung perlumbaan dan saya berharap. Tetapi kami memerlukan beberapa pusingan lagi (untuk melepasi Verstappen),” kata Hamilton.

Yang terkini, kemenangan Hamilton di tempat kedua dalam pertandingan itu dibatalkan di samping tempat keenam yang diraih Charles Leclerc dari Ferrari. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg