Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Verstappen, Hamilton, Alonso bakal tentukan ‘wajah’ F1 musim 2024

Mar 04, 2024 | 05:30 AM



BAHRAIN: Max Verstappen, Lewis Hamilton dan Fernando Alonso adalah tiga personaliti penting Formula Satu (F1), dan musim 2024 yang bermula di Bahrain hujung minggu ini dijangka ditentukan oleh mereka, di dalam dan di luar litar lumba kereta.


Verstappen memulakan musim sebagai pemandu pilihan dengan memenangi empat gelaran juara secara berturut-turut.

Dengan kemungkinan warga Belanda itu dan pasukannya, Red Bull, menguasainya setahun lagi, ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai persaingan sihat dalam sukan tersebut.

Hamilton telah menggegarkan dunia F1 dengan keputusannya pada akhir musim lalu untuk berpindah ke pasukan Ferrari pada 2025, dan akan membentuk sebahagian pasukan pemandu mantap dengan Charles Leclerc.

Masih terdapat satu lagi musim sebelum pemandu paling berjaya dalam sejarah itu berpindah ke pasukan paling dirai sukan itu.

Tetapi dinamisme perlumbaan menyusuli peralihan itu akan terus diperkatakan secara mendalam dan bagi tempoh yang panjang.

Pemindahan Hamilton memberi kesan secara langsung kepada Alonso, yang memulakan musim hanya lima bulan sebelum ulang tahunnya yang ke-43.

Hamilton bagaimanapun tidak dapat mengelak daripada kedudukannya yang menarik sorotan pelbagai pihak, sedang kebanyakan kontrak pemandu lain perlu diperbaharui.

Hamilton dan pasaran pemandu

Pemindahan Hamilton menimbulkan kejutan kepada hampir semua pasukan – termasuk Mercedes.

Hamilton memberitahu ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, semasa sedang bersarapan, mengenai keputusannya untuk berpindah pasukan, dan ini berlaku hanya sehari sebelum ia dilaporkan oleh media.

Ia sesuatu yang amat tidak dijangka kerana Hamilton telah menandatangani kontrak baru bersama Mercedes hanya pada musim panas lalu.

Ketika itu, ia diumum sebagai perjanjian dua tahun. 

Ternyata keadaan selama semusim bersama Mercedes tidak menggembirakannya.

Hamilton mempunyai klausa untuk keluar daripada pasukan itu selepas semusim, dan kelihatannya beliau kurang berpuas hati dengan apa yang disifatkannya sebagai kurangnya komitmen Mercedes terhadapnya, ketika beliau mencari kontrak lebih lama. 

Apatah lagi hubungan di antara mereka sudah tegang apabila pasukan itu tidak mengendahkan rayuan Hamilton supaya meninggalkan falsafah reka bentuk yang menimbulkan kontroversi semasa musim sukar 2022.

Maka itu, Hamilton bersikap terbuka dengan kedatangan Ferrari.

“Peluang timbul pada hujung tahun (2023) dan saya memutuskan untuk merebutnya,” kata beliau semasa sesi ujian baru-baru ini, sambil menambah “ia benar-benar tidak akan berlaku” tanpa ketua pasukan Ferrari, Frederic Vassuer.

Kenyataan itu pasti menyinggung perasaan Wolff, yang telah bekerjasama dengan Hamilton selama sedekad dan adalah salah seorang kawan rapat Vasseur.

Walaupun Hamilton dan Mercedes bersikap profesional dan mahu memberikan persembahan sebaik mungkin, tidak dinafikan ia akan membawa kepada suasana yang janggal pada masa tertentu. 

Dengan perpindahan itu, ia juga bermakna akan ada satu tempat kosong selaku pemandu di Mercedes pada 2024.

Dalam masa yang sama, pemandu warga Mexico, Sergio Perez, juga dijangka tamat kontraknya di Red Bull. 

Teka kontrak siapa yang juga tamat musim ini? Alonso.

Pemandu Ferrari, Carlos Sainz, juga akan mencari pasukan baru selepas Hamilton mengambil alih tempatnya.

Teka-teki kepimpinan
Red Bull terjawab

Dalam pada itu, Red Bull dapat memulakan musim 2024 dengan sedikit kelegaan selepas ketua pasukannya, Christian Horner, dibebaskan daripada dakwaan salah laku terhadap seorang pekerja wanita pada 28 Februari.

Keputusan itu bermakna warga Britain berusia 50 tahun itu akan kekal menguruskan operasi pasukan tersebut.

“Siasatan bebas terhadap dakwaan yang dibuat terhadap Encik Horner telah selesai, dan Red Bull boleh mengesahkan bahawa aduan itu telah ditolak,” kata jurucakap Red Bull dalam satu kenyataan.

“Pengadu mempunyai hak untuk merayu. Red Bull yakin bahawa siasatan itu adalah adil, terperinci dan tidak berat sebelah.

“Laporan siasatan itu adalah sulit dan mengandungi maklumat peribadi kededua pihak dan pihak ketiga yang membantu dalam siasatan, dan oleh itu kami tidak akan mengulas lanjut bagi menghormati semua yang terbabit.

“Red Bull akan terus berusaha untuk mencapai piawaian tertinggi di tempat kerja.”

Terdahulu, Verstappen menepis dakwaan bahawa usahanya untuk merebut gelaran dunia yang keempat berturut-turut itu mungkin terjejas ekoran spekulasi yang menyelubungi majikannya.

“Ia tidak menjejas saya. Saya memberi tumpuan penuh pada kereta dan diri saya sendiri dan, semoga ia dapat diselesaikan tidak lama lagi,” kata warga Belanda itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >