Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Verstappen beri kemenangan ke-11 Red Bull

Jul 10, 2023 | 03:09 PM



SILVERSTONE (England): Max Verstappen memenangi Grand Prix Britain untuk melebarkan jurang pendahuluan Formula Satu (F1) kepada 99 mata pada Ahad ketika Red Bull menyamai rekod McLaren pada 1988 dengan memenangi 11 perlumbaan berturut-turut.


Lando Norris dari McLaren menyambar tangga kedua di depan 160,000 penonton di Silverstone, dengan warga senegara Britain dan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga buat Mercedes selepas bermula dari petak ketujuh.

“Sebelas berturut-turut. Ia memang mengagumkan,” kata Verstappen menerusi radio pasukan selepas kemenangan keenam berturut-turut buatnya dan kelapan dalam 10 perlumbaan musim ini.

Juara dunia dua kali itu turut memenangi pusingan terpantas bagi menambah mata bonus untuk mendahului dengan kelebihan hampir empat kemenangan di depan pencabar terdekatnya dan rakan sepasukan Sergio Perez, yang berakhir di tangga keenam selepas bermula dari petak ke-15.

Kemenangan itu adalah yang pertama buat Red Bull di Silverstone sejak pemandu Australia, Mark Webber pada 2012, dan kedudukan di podium Norris adalah yang pertama buat McLaren pada perlumbaan laman sendiri mereka sejak Hamilton meraih tempat kedua pada 2010.

Pemandu Australia, Oscar Piastri, melepasi garisan penamat di tempat keempat buat McLaren, setelah harapannya untuk naik ke podium buat pertama kali dinafikan oleh kereta keselamatan pada lewat perlumbaan, dengan pemandu Britain, George Russell, di tempat kelima bersama Mercedes manakala Fernando Alonso ketujuh buat Aston Martin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >