Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Walau tewas dalam ujian, skuad bola sepak wanita SG di landasan betul sebelum aksi di Hanoi

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak wanita Singa berada di laluan yang tepat dalam persiapan mereka untuk ke Sukan SEA Hanoi bulan depan, tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki, kata ketua jurulatih, Stephen Ng.



Ng, 51 tahun, di satu sidang media selepas kekalahan tipis 0-1 Singapura di tangan Papua New Guinea malam kelmarin, juga mendedahkan pasukannya merancang menjalani lawatan latihan di Thailand sebagai sebahagian dari persiapan mereka seterusnya.



Singapura melabuhkan tirai siri perlawanan persahabatan Tiga Negara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Wanita di Stadium Jalan Besar malam kelmarin dengan satu kemenangan dan satu kekalahan.



Minggu lalu, anak didik Ng memenangi pertarungan pembukaan dengan kemenangan besar 6-2 ke atas Seychelles.



Pertandingan tiga penjuru ini adalah sebahagian persiapan Singapura sebelum beraksi di Sukan SEA pada 12 hingga 23 Mei nanti di Vietnam.



Pasukan bola sepak wanita Singapura bakal membuat penampilan pertamanya di temasya sukan dwitahunan Asia Tenggara itu sejak 2003.



Sekitar kurang sebulan lagi, Singapura akan membuka kempen mereka dalam Kumpulan B berdepan pasukan nombor 43 dunia, Thailand, pada 10 Mei. Myanmar dan Laos turut diundi dalam kumpulan itu.



Singapura kini menduduki tangga ke-135 dunia.



"Ya, kami menunjukkan kemajuan. Tapi, jika dibandingkan dengan pasukan terbaik Asean seperti Thailand dan Vietnam, masih ada jurang yang perlu kami perbaiki.



"Ia tidak boleh dicapai dengan sekelip mata... jadi ia adalah satu proses yang sedang kami lalui untuk terus mempertingkatkan diri," kongsi Ng.



Di Stadium Jalan Besar malam kelmarin, Singapura menunjukkan tanda-tanda positif menyaingi Papua New Guinea yang menduduki ranking ke-49 dunia.



Pasukan tuan rumah berjaya mengatur beberapa serangan cantik walaupun gagal menyempurnakan peluang jaringan.



Benteng pertahanan Singa juga mampu kekal teguh hingga minit ke-74 apabila gol tunggal Sonia Embahe memisahkan kedua-dua pasukan di akhir wisel penamat.



Walaupun kecundang, Ng berpuas hati dengan prestasi pasukan bimbingannya itu.



"Secara keseluruhan, saya gembira dengan usaha yang ditunjukkan pemain. Kami berjuang habis-habisan hari ini walaupun terdapat perbezaan (antara dua pasukan itu) dalam ranking Fifa.



"Yang penting kami dapat menunjukkan bahawa kami boleh bersaing di peringkat ini," jelasnya.



Beliau menambah akan memberi tumpuan memperbaiki kepantasan permainan, tahap fizikal dan keupayaan teknikal pasukan pada beberapa minggu mendatang ini.



Pemain sayap Singapura Nur Farhanah Ruhaizat, pula memuji keinginan untuk berjaya dan kemajuan yang ditunjukkan rakan sepasukannya sejak beberapa bulan lalu.



Farhanah, 23 tahun, yang meraih penampilan antarabangsa ke-20 beliau untuk Singapura malam kelmarin, berkata:



"Berbanding sebelum Covid-19 dan sekarang, saya rasa pasukan lebih bersatu kerana kami berjaya bermain secara sebuah pasukan dan melaksanakan strategi yang telah diatur jurulatih dalam latihan.



"Ia benar-benar menunjukkan usaha kami sebagai sebuah pasukan."



ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >