PEMAIN sayap Arsenal dan England Theo Walcott tidak akan beraksi di Piala Dunia Jun ini selepas mengalami kecederaan lutut yang memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih.
Walcott, 24 tahun, mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior di lutut kirinya dalam kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Tottenham Hotspurs dalam pusingan ketiga Piala FA Sabtu lalu.
Piala Dunia bermula 12 Jun di Brazil, dengan England dijadualkan bertemu Itali dua hari selanjutnya.
Walcott telah mewakili England 36 kali dan menjaringkan lima gol untuk membantu pasukan Three Lions menang 27 perlawanan, seri tujuh dan tewas dua.
Beliau muncul pertama kali untuk pasukan negara pada usia 17 tahun dan 75 hari, dalam perlawanan persahabatan menentang Hungarry pada 20 Mei 2006, sekaligusnya menjadikannya pemain termuda dalam sejarah England.
Walaupun pernah menganggotai skuad Piala Dunia Sven-Goran Eriksson dalam 2006, Walcott masih belum pernah beraksi dalam perlawanan Piala Dunia.
Beliau tidak disertakan oleh Fabio Capello dalam skuad England yang bertanding di Piala Dunia 2010.
Kecederaan ini bukan sahaja menjejaskan persiapan England untuk cabaran Piala Dunia malah kebangkitan Arsenal untuk menjadi juara Liga Perdana England musim ini.