LONDON: Arsene Wenger kelmarin mengecam jadual padat pertandingan yang memaksa pasukannya Arsenal bermain tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari.
Kecemerlangan dua gol penyerang Perancis, Alexandre Lacazette, membantu Arsenal menewaskan West Bromwich Albion 2-0 dalam satu perlawanan Liga Perdana dinihari semalam - menyaksikan The Gunners melompat ke tangga ketujuh liga.