Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

West Ham seri 0-0 dengan Brighton

Jan 03, 2024 | 12:54 PM



LONDON: Pengurus Brighton, Roberto de Zerbi, memuji prestasi pasukannya yang “sangat bijak” selepas tidak dibolosi dalam Liga Perdana England (EPL) pertama mereka musim ini di West Ham.


Ia merupakan kali pertama dalam 24 perlawanan liga di mana Brighton tidak dibolosi gol.

Brighton mempunyai lebih banyak kawalan bola dan peluang lebih baik dalam perlawanan pertama kededua kelab 2024 yang agak membosankan.

Namun mereka tidak berjaya membolosi pertahanan West Ham, yang tidak dibolosi dalam empat perlawanan berturut-turut.

De Zerbi menyatakan tumpuan kepada kegagalan Brighton untuk mempertahankan gawang mereka tidak begitu membimbangkan seperti yang dipaparkan pihak media.

Namun, beliau tetap gembira dengan barisan pertahanannya.

“Saya amat kagum dengan persembahan pasukan. Kami tidak dibolosi gol jadi wartawan juga gembira kerana Brighton tidak dibolosi gol.

“Kami bermain dengan baik. Kami layak untuk menang. Kami bermain dengan cara yang bijak kerana kualiti terbaik West Ham adalah serangan balas dan kami bermain dengan strategi jangan terkena serangan balas West Ham,” ujarnya.

Satu mata yang diperoleh meletakkan Brighton di tempat ketujuh, satu tangga di atas Manchester United, manakala West Ham mendahului mereka tiga mata di tangga keenam.

Pada separuh masa pertama yang kekurangan kualiti dan peluang, West Ham mendapatkan peluang keemasan apabila percubaan James Ward-Prowse diselamatkan penjaga gawang Brighton, Jason Steele.

Bagi Brighton pula, percubaan Jack Hinshelwood dan Pascal Gross kededuanya dihalang oleh penjaga gawang West Ham, Alphonse Areola.

Brighton kekal menguasai kawalan bola pada separuh masa kedua, dengan Areola sekali lagi menyelamatkan percubaan Pervis Estupinan pada minit ke-55 dan percubaan Joao Pedro.

Brighton mempunyai 68 peratus kawalan bola dan 22 percubaan berbanding dengan West Ham yang hanya mempunyai enam percubaan, menyebabkan pengurus West Ham, David Moyes, untuk menyatakan bahawa pasukannya bernasib baik untuk memperoleh satu mata.

“Kami bernasib baik. Ia tempoh Hari Natal yang amat baik, tiga kemenangan dengan satu seri. Saya tidak merungut,” katanya kepada media.

Kedua-dua pasukan kekal kukuh dalam usaha memburu kelayakan Eropah – dan terdapat peluang juga mereka bertemu di peringkat akhir Liga Europa, setelah mengatasi kumpulan masing-masing untuk mendapatkan laluan automatik ke pusingan 16 terakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >