Wushu tarik perhatian di kompleks kerajaan Thai
Dec 15, 2025 | 6:30 PM
Bangunan Ratthaprasasanaphakdi menempatkan beberapa kementerian kerajaan Thailand, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar Negeri. Namun dalam Sukan SEA ke-33 kali ini, bangunan di Chaeng Watthana, Bangkok, Thailand, itu memberi peluang kepada para penyokong untuk menyaksikan aksi atlet Sukan Sea dengan lebih dekat. Ini termasuk acara wushu sanda yang dapat ditonton melalui tingkap pejabat mereka. Acara wushu, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Songkhla, dipindahkan ke Bangkok susulan banjir yang melanda wilayah selatan itu baru-baru ini. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Bangunan Ratthaprasasanaphakdi menempatkan beberapa kementerian kerajaan Thailand, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar Negeri.
Namun dalam Sukan SEA ke-33 kali ini, bangunan di Chaeng Watthana, Bangkok, Thailand, itu memberi peluang kepada para penyokong untuk menyaksikan aksi atlet Sukan Sea dengan lebih dekat. Ini termasuk acara wushu sanda yang dapat ditonton melalui tingkap pejabat mereka.
Acara wushu, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Songkhla, dipindahkan ke Bangkok susulan banjir yang melanda wilayah selatan itu baru-baru ini.
Laporan berkaitan
Sebelum perlawanan, santai dahuluDec 11, 2025 | 5:14 PM
Diyanah, Nicholas rangkul pingat emas pertama negaraDec 10, 2025 | 4:12 PM

