DALAM tempoh kurang sebulan, Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin bakal bersaing dalam acara tanding buat julung-julung kali di Sukan SEA.
Malah, sebagai anak sulung tokoh silat negara Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, Nur Shafiqa sedar bahawa mata awam akan tertumpu kepadanya apabila acara silat bermula Jun nanti.