Yamal cemerlang dalam kemenangan Barcelona ke atas Albacete

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yamal cemerlang dalam kemenangan Barcelona ke atas Albacete

Feb 4, 2026 | 2:18 PM

Yamal cemerlang dalam kemenangan Barcelona ke atas Albacete

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bola sepak, Barcelona, Lamine Yamal, menjaringkan gol pertamanya di Copa del Rey, tewaskan Albacete,
Penyerang Barcelona, Lamine Yamal (kanan), menjaringkan gol pertamanya di Copa del Rey ketika kemenangan 2-1 ke atas Albacete pada 3 Februari. - Foto EPA

BARCELONA: Lamine Yamal menemui sasaran manakala Marcus Rashford mencatat satu bantuan gol apabila juara bertahan, Barcelona, berjaya menewaskan Albacete 2-1 untuk mara ke separuh akhir Copa del Rey pada 3 Februari.

Pemain muda, Yamal, menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan itu musim ini untuk meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-39.

Pemain pertahanan, Ronald Araujo, kemudian menambah gol kedua 11 minit selepas separuh masa kedua bermula hasil sepakan sudut Rashford, sebelum Javi Moreno menjaringkan gol sagu hati buat tuan rumah pada minit ke-87.

Kemenangan Barcelona itu menamatkan perjalanan cemerlang pasukan Divisyen Kedua itu dalam kejohanan tersebut.

Mereka meraih kemenangan dramatik saat akhir ke atas Real Madrid pada pusingan sebelumnya.

Dalam pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan itu sejak 2005, pasukan kendalian Hansi Flick mencipta peluang pertama pada minit kelapan, namun rembatan Rashford tersasar selepas menerima hantaran bijak daripada Dani Olmo.

Pendahulu La Liga itu terus menguasai bola, namun gagal mencipta percubaan tepat ke sasaran sehinggalah Yamal menjaringkan gol.

Selepas Rashford dan Frenkie de Jong bergandingan untuk mendapatkan semula bola di kawasan Albacete, pemain antarabangsa Sepanyol berusia 18 tahun itu hanya memerlukan satu sentuhan untuk melakukan rembatan lencong melepasi penjaga gol, Raul Lizoain, bagi gol ke-14 musim ini.

Dua minit selepas separuh masa kedua bermula, percubaan Olmo daripada dalam kotak penalti berjaya dikeluarkan dari garisan oleh Dani Bernabeu selepas larian solo cemerlang daripada Rashford.

Namun, penyerang England yang dipinjamkan daripada Manchester United itu tidak perlu menunggu lama untuk mencatat bantuan gol.

Rashford menjadi pemain ketiga dalam La Liga yang mencapai angka dua digit bagi gol dan bantuan gol dalam semua kejohanan musim ini apabila Araujo menanduk masuk sepakan penjurunya.

Namun, Albacete mencipta drama lewat permainan apabila Moreno menyambut hantaran silang Jose Carlos Lazo untuk merapatkan jurang.

Pada hujung perlawanan, Ferran Torres melihat jaringannya dibatalkan kerana ofsaid pada masa kecederaan, dengan Barcelona akhirnya mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg