Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN TEMPATAN

Yayasan NTUC FairPrice umum sokong Anugerah Sukan Belia Para Asian

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN NTUC FairPrice telah mengumumkan sokongan bagi Anugerah Sukan Belia Para Asian (AYPG) yang dikendalikan oleh Majlis Paralimpik Nasional Singapura (SNPC), sehingga Tashkent 2025.



Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, berkata sokongan itu menekankan peri pentingnya mengiktiraf usaha atlet dan memupuk potensi mereka.



"Yayasan FairPrice sentiasa menjadi penyokong kuat dalam usaha membina masyarakat dan memperkasa orang kurang upaya menerusi sukan.



"Kerjasama dengan SNPC ini memperkukuh komitmen tersebut," ujar beliau.



Sokongan itu, yang diumumkan di Majlis Anugerah dan Penghargaan AYPG 2021, kelmarin, merangkumi anugerah wang tunai bagi atlet Singapura yang memenangi pingat di AYPG.



Di majlis tersebut, yang diadakan di Hotel One Farrer, enam atlet menerima keseluruhan $3,600 bagi pencapaian mereka di AYPG di Bahrain pada tahun lalu.



Anugerah wang tunai itu ditaja oleh Yayasan NTUC FairPrice.



Seramai 13 atlet negara memenangi lima emas, tiga perak dan dua gangsa di Bahrain - pungutan pingat kedua paling banyak di AYPG.



Mereka memenangi 18 pingat (lima emas, enam perak dan tujuh gangsa) di AYPG Dubai pada 2017.



Perenang Colin Soon menerima $1,500 kerana memenangi empat pingat emas di Bahrain.



Beliau menujukan anugerah itu kepada orang tersayang, termasuk jurulatih dan penyokongnya.



"Saya gembira kerana usaha saya di AYPG 2021 di Bahrain diiktiraf dan saya menerima ganjaran baginya.



"Ini hanya permulaan bagi saya, dari segi sasaran saya dan saya kini memberi tumpuan kepada usaha mencapai matlamat melayakkan diri ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris.''



ujar Soon.



"Saya berharap lebih ramai orang kurang upaya digalak mencuba sukan dan menjalani gaya hidup sihat dan aktif."



Dalam pada itu Sport Singapore (SportSG), bermula tahun ini, akan memperluas akademi dan kelab ActiveSG untuk menawarkan kepada orang kurang upaya cara lebih berstruktur untuk menceburi sukan yang diminiati dan untuk membangun kemahiran mereka.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, mengumumkan perkembangan itu di majlis anugerah yang sama.



Butiran lanjut akan diberikan tidak lama lagi, kata beliau.



Buat masa ini, ada 20 akademi dan kelab ActiveSG, merentas 20 sukan dan kegiatan.



Encik Tong berkata: "Kita harus terus menjadikan sukan para lebih mampu untuk diceburi dan memperluas pangkalan bakat yang ada.



"Pemerintah komited untuk berbuat demikian, dengan cara memberikan setiap warga Singapura peluang untuk menceburi sukan dan dengan memperuntuk sumber yang penting untuk membangun program dan prasarana meluas: stadium sukan, balapan larian dan tempat-tempat lain.''



Encik Tong berkata pemerintah juga akan terus bekerjasama rapat dengan sekolah-sekolah, persatuan sukan dan akademi sukan privet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >