Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Yayasan Sukan Selamat bentuk panel disiplin bagi tangani aduan, salah laku

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



SATU panel disiplin bagi sukan setempat telah ditubuhkan oleh Yayasan Sukan Selamat untuk mendengar, menghurai dan mengadili kes-kes melibatkan pertubuhan di bawah naungan Program Sukan Selamat.



Panel Disiplin Sukan Selamat itu adalah sebahagian usaha berterusan untuk membangun program tersebut yang antara lain bertujuan menetapkan piawaian bagi tatalaku yang dipersetujui pihak berkepentingan dalam sukan.



Ia juga satu cara memastikan kes-kes salah tatalaku dalam landskap sukan negara ditangani dengan cara yang adil dan konsisten, kata badan sukan negara SportSG dan Yayasan Sukan Selamat dalam kenyataan bersama semalam.



Panel disiplin itu dibentuk 18 anggota berbilang bangsa, terdiri daripada peguam, anggota persatuan sukan nasional, atlet dulu dan sekarang, termasuk yang mewakili sukan para, serta guru jasmani.



Mereka dilantik oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan dijadual berkhidmat selama dua tahun bermula Ogos lalul.



Panel itu dipengerusikan oleh Kaunsel Kanan, Cik Molly Lim, yang berpengalaman 39 tahun dalam bidang guaman dan pernah berkhidmat dalam tribunal disiplin di Persatuan Undang-Undang dan Majlis Perubatan Singapura.



Sebagai pengerusi, Cik Lim, yang baru bersara sebagai rakan kongsi di firma guaman Wong Tan & Molly Lim LLC, berkuasa melantik jawatankuasa disiplin dan rayuan bagi setiap kes.



Dalam kenyataan semalam, SportSG berkata rangka kerja membuat keputusan telah ditetapkan sebagai panduan bagi Yayasan Sukan Selamat dan Jawatankuasa Disiplin.



Lim berkata panel disiplin ini mendukung peranan penting dalam menilai dakwaan, menetapkan fakta dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu.



"Adalah penting semua pihak diberikan perbicaraan yang adil sementara mengambil kira hubungannya dengan individu yang terlibat dan masyarakat sukan lebih luas," kata Cik Lim.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata Program Sukan Selamat menunjukkan komitmen pemerintah dan masyarakat sukan untuk mempertahankan ruang sukan yang selamat bagi semua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >