LIGA JUARA-JUARA

Zidane enggan perbesar era gemilang yang menanti

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, sudah pun menjulang mahkota Liga Juara-Juara dalam dua musim pertamanya mempimpin kelab La Liga itu tetapi beliau keberatan menganggap kejuaraan ketiga musim ini nanti akan mencetuskan satu era baru di bawah kepimpinannya.

Real kini di ambang final kejohanan berprestij Eropah itu menjelang pertemuan kedua separuh akhir menentang Bayern Munich hari ini (2.45 pagi esok waktu Singapura) selepas kemenangan 2-1 dalam pertemuan pertama di Allianz Arena minggu lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto