Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan3

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Zidane ukir nama dalam sejarah Real Madrid tetapi...

May 31, 2016 | 05:30 AM

MILAN: Dengan kejayaannya menerajui Real Madrid menjulang mahkota Eropahnya yang ke-11 sekitar hanya lima bulan 'mewarisi' sebuah pasukan yang bercelaru di bawah pimpinan Rafael Benitez, Zinedine Zidane memastikan namanya diabadikan dalam lipatan sejarah kelab di Bernabeu itu di samping menjamin masa depannya.

Sekalipun kededua Zidane atau presiden kelab, Florentino Perez, yang dikenali dengan reputasinya memecat pengurus sesuka hatinya, belum lagi mengesahkan sama ada legenda Perancis itu akan terus mengendalikan Real bagi musim depan, kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada Sabtu lalu meningkatkan 'saham' Zidane di kalangan mata penyokong pasukan.

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map