Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Zivkovic bantu Sailors rai kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia

Oct 05, 2023 | 02:08 PM



Resume Richairo Zivkovic bukan seperti kebanyakan pemain yang pernah bermain untuk kelab Liga Perdana Singapura (SPL).

Pernah digelar sebagai ‘Arjen Robben baru’ oleh media Belanda, beliau telah menjaringkan gol untuk pasukan Belanda Ajax Amsterdam dan mempunyai pengalaman dalam Liga Perdana England (EPL) dan telah menjaringkan 26 gol dalam Liga Belanda.

Prestasinya tidak diragui dan penyerang warga Curacao berusia 27 tahun itu menunjukkan sebab beliau ditandatangani untuk menerajui serangan Lion City Sailors dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Beliau menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2-1 atas juara Liga Perdana Hong Kong, Kitchee, pada 4 Oktober.

Menurut laporan The Straits Times, ini merupakan mata pertama Sailors dalam kempen Kumpulan F mereka, yang bermula dengan kekalahan 2-1 ke atas Bangkok United di Stadium Jalan Besar pada 20 September.


Zivkovic telah menjaringkan sembilan gol dan mendapatkan tiga ‘assist’ (pembukaan laluan) dalam lapan perlawanan domestik bagi SPL dan Piala Singapura sebelum jaringan ACL pertamanya pada Rabu.

Namun dalam pertandingan benua, Sailors harap beliau dapat mendatangkan perubahan.

Semasa menentang Bangkok, Zivkovic merupakan pemain yang kelihatan kecewa di bahagian atas padang.

Namun, di hadapan 3,077 penyokong di Stadium Hong Kong, beliau menjalankan tugasnya dengan mahir selama 70 minit sebelum digantikan.

Pada minit ke-14, beliau memanfaatkan kesilapan kapten Kitchee, Helio Goncalves, untuk menjaringkan gol melalui rembatan kencang kaki kirinya.

Walaupun sambutannya selepas menjaringkan gol dalam pertandingan domestik – termasuk hatrik dalam kemenangan 7-0 atas Balestier Khalsa – boleh disifatkan sebagai tenang, lompatan kegirangan beliau menunjukkan gol tersebut amat bermakna bagi pemain yang menyarung jersi nombor 34 sebagai penghormatan kepada bekas rakan sepasukannya di Ajax, Abdelhak Nouri.

Nouri mengalami serangan aritmia jantung pada 2017, menyebabkan beliau mengalami kerosakan otak yang teruk sehingga tidak dapat meneruskan kerjaya bola sepaknya.

Maxime Lestienne kemudian memenangi penalti selepas diteliti penolong pengadil menggunakan video penolong pengadil (VAR), dan menjaringkan penalti itu pada minit ke-37 untuk menggandakan jaringan mereka.

Kitchee menjaringkan gol pada minit ke-87 melalui tandukan penyerang warga Australia, Jakob Jantscher, tetapi Sailors berjaya bertahan untuk kemenangan penting ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >