Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lion City Sailors akan menentang Spurs dalam Piala Tiger pada 26 Jul

Jul 12, 2023 | 01:41 PM



Lion City Sailors (LCS) akan menggantikan kelab Serie A, AS Roma, dan menentang Tottenham Hotspur (Spurs) dalam Piala Tiger pada 26 Julai di Stadium Nasional.

Piala Tiger adalah sebahagian daripada Festival Bola Sepak Singapura yang akan julung-julung kali dianjurkan oleh CDG Zig dan akan berlangsung dari 26 Julai hingga 2 Ogos.

Kelab Liga Perdana Singapura itu akan menyertai Tottenham Hotspur, Liverpool, Leicester City dan Bayern Munich dalam acara itu.

The Sailors kini berada di tempat ketiga dalam musim Liga Perdana Singapura yang sedang berlangsung.


Pengerusi LCS, Encik Forrest Li berkata: “Menentang pasukan terkemuka seperti Spurs akan memberi kami peluang untuk lebih bersedia menghadapi kepayahan Liga Juara-Juara Asia (ACL), dan juga memberikan persembahan visual untuk peminat kelab kami.

“Spurs ialah kelab yang mempunyai sokongan baik di Singapura dan kami menjangkakan ramai peminat mereka akan hadir.

“Kami berharap perlawanan itu akan memberi pendedahan kepada peminat Spurs tentang bola sepak tempatan dan mencetuskan sedikit minat terhadap SPL.”

Di samping itu, Pengarah Eksekutif Tottenham Hotspur, Donna-Maria Cullen, berkata kelab itu sangat teruja untuk kembali ke Singapura.

“Kami mempunyai kenangan indah ketika melawat Singapura pada 2019 dan mempunyai peminat yang penuh ghairah di Singapura, termasuk Kelab Peminat Rasmi yang telah ditubuhkan selama lebih daripada 20 tahun.

“Perlawanan menentang Lion City Sailors akan menjadi pengalaman hebat untuk peminat Spurs melihat kelab kita menentang pasukan kelab terkemuka Singapura di Stadium Nasional,” katanya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, AS Roma telah digantikan Lion City Sailors kerana terdapat perubahan dalam jadual pramusim mereka dan terpaksa menarik diri daripada festival tersebut.

AS Roma sepatutnya menentang Spurs pada 26 Julai sebelum berdepan dengan Wolverhampton Wanderers tiga hari kemudian di Korea Selatan. Perlawanan terakhir pramusim kelab Itali itu adalah menentang pemenang Piala FA Korea 2015, Incheon United, pada 1 Ogos.

Pemegang tiket yang mempunyai tempat duduk di bahagian AS Roma untuk perlawanan pada 26 Julai akan dibayar balik secara automatik.

Mereka yang telah membeli tiket lain tetapi ingin dibayar balik boleh membuat demikian melalui laman web https://bit.ly/refund-m1 sebelum 21 Julai 12 tengah hari.

Menurut kenyataan media tersebut, perlawanan lain tidak terjejas.

Gergasi Liga Perdana England, Liverpool, akan berdepan dengan Leicester City dalam Piala Singapura Standard Chartered pada 30 Julai.

The Reds kemudian akan menentang juara Bundesliga, Bayern Munich, dalam Piala Singapura pada 2 Ogos.


Ia akan menjadi tahun kedua berturut-turut Liverpool bermain di Singapura selepas mereka mengalahkan Crystal Palace 2-0 di hadapan sekitar 50,000 peminat pada Julai 2022.

Bayern kali terakhir bermain di Singapura dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) Singapura pada 2017, manakala perlawanan terakhir Spurs di Singapura adalah pada 2019.

Ini merupakan penampilan pertama Leicester City di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >