Di kala kebanyakan ibu bapa berasa teruja melihat anak mereka melangkah ke alam persekolahan, ada segelintir ibu bapa yang terpaksa menghadap realiti yang lebih mencabar.
Walaupun anak istimewa seperti mereka yang mengalami autisme menghadapi cabaran kehidupan tersendiri, mereka tidak boleh dinafikan hak untuk turut dibimbing dari sudut rohani.