Sedikit tidak kau peduli
Kalau lentik tarimu itu
Canggung sama sekali
Dalam taksub yang tak terperi
Mengacah-ngacah kilau mentari
Yang berjalur-jalur tersimbah
Ke bumi
Terbanglah lagi Selagi ada ruang Selagi ada peluang Selagi belum jelang petang Kerana esok semuanya akan hilang Menjunjung titah yang datang Yang jatuh atas bahu yang sepasang