Syarikat dalam industri seperti fotografi, videografi dan perkhidmatan solekan tidak dibenarkan untuk mendapatkan khidmat pekerja bebas asing bagi pelanggan di Singapura.
GERAKAN Buruh telah memperkenal inisiatif U FSE (Pekerja bebas dan bekerja sendiri) bagi mewakili golongan pekerja bebas dan mereka yang bekerja sendiri di Singapura.
Pekerja bebas kian menjadi lumrah dalam pasaran pekerjaan ekonomi baru. Dianggarkan jumlah pekerja bebas di Singapura kini sekitar 200,000 pekerja dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat.