Usaha untuk meneroka potensi haba bumi sebagai sumber tenaga kini semakin rancak, dengan Singapura bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan menggunakan sistem tenaga geoterma di negara ini.
Satu kajian seluruh negara bakal dilancar untuk menilai sama ada Singapura boleh memanfaatkan tenaga geoterma untuk menghasilkan kuasa elektrik serta mengenal pasti kawasan sesuai untuk membina loji
SINGAPURA sedang mempertingkat usaha untuk mengkaji kebolehlaksanaan usaha memperoleh haba dari bawah tanah di paras amat dalam untuk menjana elektrik.