Setelah melalui pelbagai cabaran hidup, penyanyi Malaysia, Kaka Azraff, telah menggunakan pengalaman itu sebagai inspirasi bagi lagu terbarunya, Takleh Usik.
PENYANYI Malaysia, Kaka Azraff, yang sedang menyiapkan album penuh pertamanya, mendedahkan salah satu lagu yang bakal dimuatkan ialah lagu duet bersama ibu saudaranya, ratu rok Ella.