Stok makanan Singapura tidak bertujuan dijadikan sebagai mekanisme bagi mempengaruhi harga makanan, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.
SINGAPURA telah membuat pelan kontingensi bagi gangguan bekalan makanan dari Malaysia dan mempunyai stok simpanan mencukupi untuk lebih daripada tiga bulan jika semua orang membeli secara