Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

‘Don’t play play, kafe saya kini halal’

Nov 29, 2013 | 07:24 PM



KAFE OldTown White Coffee di sini telah memiliki sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini setelah menyedari kuasa membeli yang tinggi di kalangan masyarakat Islam.


Dengan sijil halal itu, kafe yang mempunyai lapan cawangan di Singapura itu berharap meningkatkan penjualan sebanyak 20 hingga 25 peratus pada separuh kedua tahun ini dan 30 hingga 40 peratus tahun depan melalui mutu produk yang konsisten dan layanan yang baik kepada pelanggan.


Restoran OldTown White Coffee diperkenalkan di Singapura oleh pelawak terkenal setempat, Encik Mark Lee, yang ‘jatuh cinta’ dengan konsep kafe itu ketika mula-mula menjamu selera di cawangan OldTown White Coffee di Cheras, Malaysia, pada 2008.


“Ketika itu saya di sana bagi membuat penggambaran filem Ah Long Pte Ltd dengan Fann Wong. Setiap hari, saya akan ke kafe itu untuk menjamu selera. Saya tidak suka ‘kopi ang moh’ (mat saleh) jadi kopi di kafe OldTown White Coffee cukup serasi dengan selera saya. Makanan yang dijual di sana seperti mi kari dan hor fun Ipoh menjadi kegemaran saya.


“Melihat konsep restoran itu, saya yakin ia akan dapat diterima di Singapura dan melahirkan minat membawa jenama itu ke sini,’’ kata Encik Lee ketika diwawancara di cawangan kafe itu di Orchard Cineleisure.


Beliau kemudian membentuk syarikat OTK Singapore Pte Ltd dengan seorang rakan kongsi bagi usaha sama dengan Kopitiam Asia Pacific (KAP), syarikat induk yang mengasaskan kafe itu di Malaysia.


Dengan pelaburan awal sebanyak $300,000, mereka membuka cawangan kafe OldTown White Coffee yang pertama di Big Splash pada 2008. Ia juga mempunyai cawangan termasuk di Jurong Point, White Sands, Bukit Timah dan JCube. KAP juga memiliki cawangan di City Square Mall dan Square2.


Di Malaysia, perniagaan itu dimulakan oleh Encik Goh Ching Mun dan Encik Tan Say Yap yang memperkenalkan kopi putih segera 3-dalam-1 pada 1999. Ia kemudian dikembangkan menjadi perniagaan makanan pada 2005.


Selain Malaysia dan Singapura, kafe OldTown White Coffee juga telah diluaskan di China dan Indonesia.


Sebanyak 190 cawangan kafenya di Semenanjung Malaysia juga memperolehi sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Menurut Encik Lee, kafe itu mendapatkan sijil halal kerana menyedari kuasa membeli yang tinggi di kalangan masyarakat Islam di sini.


Beliau menambah, konsep halal bukan sahaja dari segi mutu produk yang disajikan bahkan merangkumi cara penyediaan yang bersih dan suci. Malah, tahap piawaian halal adalah setanding dengan piawaian antarabangsa seperti HACCP dan ISO.


“Pasaran Melayu/Islam memang besar. Masyarakat Melayu gemar menjamu selera dan sanggup berbelanja besar. Kami ingin memastikan semua sajian yang dihidangkan menurut tahap dan piawaian antarabangsa yang diiktiraf halal oleh Muis,’’ kata Encik Lee.


Ditanya jika ia bercadang membuka lebih banyak cawangan, Encik Lee berkata pihaknya sedang mengkaji beberapa lokasi baru termasuk di Bedok Mall dan Hab Sukan.


Kafe OldTown White Coffee menyajikan pelbagai jenis makanan Asia istimewa termasuk hor fun Ipoh, mi jawa, mi hun dan mi kuning udang, laksa lemak, laksa asam, nasi kukus berserta ayam dan cendawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >