SERAMAI 28,000 pemohon kerja telah dipadankan dengan pekerjaan baru oleh Majlis Keselamatan Pekerjaan sejak ia ditubuhkan, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Ng Chee Meng.
Majlis tersebut ditubuhkan pada Februari tahun lalu untuk membantu pekerja yang telah diberhentikan atau kumpulan yang menanggung risiko diberhentikan.