GEMBIRANYA Raja Rom hanya Tuhan sahaja yang tahu! Senyumannya melebar. Ketawanya mendekah. Duduk dia ketawa. Berjalan dia ketawa.
Ribuan askarnya berkumpul di luar istana. Bising. Riuh. Ada yang sedang berlatih. Ada yang sedang minum-minum. Ada yang sedang berborak-borak.