MANILA: Kumpulan militan Abu Sayyaf yang memenggal kepala seorang warga Canada, Encik John Ridsdel, memberi amaran akan memenggal kepala tiga lagi tawanan yang masih ditahan sekiranya wang tebusan tidak dibayar.
Laporan Mail Online menyatakan rakaman yang dimuat naik oleh Kumpulan SITE Intelligence itu turut menunjukkan tiga tebusan yang ditahan bersama-sama Encik Ridsdel merayu meminta bantuan agar mereka dibebaskan.