Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS SEBERANG

Adegan rasuk perah tenaga pelakon 'Jangan Ganggu Jodohku'

Shaza Bae dan Yusuf Bahrin kongsi pengalaman jayakan drama kelakar seram tentang percintaan dihalang jin
Dec 09, 2021 | 05:30 AM



PENAT dan berat untuk bawa peranan wanita yang dirasuk dalam drama kelakar seram, Jangan Ganggu Jodohku.



Inilah pengakuan peneraju watak utama dalam slot 'Megadrama' Astro Ria itu, Shaza Bae atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 26 tahun.



Beliau yang berkongsi pengalamannya bersama Berita Harian dalam satu sidang Zoom, menjelaskan:



"Kelainan yang dirasakan ketika membawa watak kali ini adalah saya perlu melakukan lebih banyak aksi mencabar demi menghayati watak Aliza.



"Babak rasuk yang terlalu banyak membuatkan saya sedikit penat. Ada juga babak aksi nekad, tidur di kubur, mandi air sabun dan macam-macam lagi," jelas juara peraduan pencarian bakat, Dewi Remaja 2019/2020 ini.



Keunikan drama ini terletak pada watak Aliza yang mempunyai kebolehan melihat roh dan makhluk ghaib lain.



Malangnya, roh ini mengganggunya. Aliza pula dibantu jin bernama Abu yang sudah menjadi rakannya sejak kecil.



Jin ini melindungi Aliza tetapi jatuh hati dengannya juga sehinggakan setiap kali ada lelaki meminati gadis itu, si jin akan mengganggu dan memastikan jejaka itu tidak akan menghampiri Aliza lagi.



Shaza, yang memulakan kerjayanya dengan menjayakan iklan Hari Raya Petronas 2013 bertajuk Jahit, berlakon dalam drama pertamanya, Tundukkan Playboy Itu, pada 2016.



Di luar kerjaya hiburan, beliau juga merupakan pensyarah sambilan dalam bidang penulisan kreatif di Fakuliti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Perdana, Shah Alam.



Menurut Shaza, seawal melakonkan babak pertama lagi, beliau seperti dirasuk dengan badan dan jantung seakan ditarik.



Bulu roma mula naik dengan pihak penerbitan langsung memintanya masuk ke dalam bilik di mana beliau menangis tanpa sebab.



"Bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan saya tenang, sepanjang di lokasi penggambaran, saya sering membaca ayat Kursi kerana tidak mahu perkara buruk berlaku.



"Alhamdulillah kejadian rasukan itu hanya berlaku sekali sahaja. Selebihnya penggambaran kami lancar," kongsinya.



Dalam adegan tersebut, beliau perlu menjerit tetapi suaranya tersekat dan terputus selepas menyedari ada sesuatu seakan menarik tangannya.



"Penggambaran untuk babak episod pertama itu dibuat di atas pelamin.



"Penggambaran disambung selepas Maghrib. Badan saya dah mula rasa tak sedap dan seram sejuk. Ingatkan sebab saya penat.



"Setiap kali saya menjerit dan perlu mengulangi jeritan, suara tersekat-sekat. Memang rasa sayu semacam manakala ada kru wanita yang meracau.



"Saya anggap ini adalah pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan. Walaupun kita jaga tatatertib ketika berlakon, ada perkara yang tak dapat kita kawal. Dengarnya ada orang berubat membuang saka di kediaman berhampiran," tambahnya.



Apa yang membuatnya penat adalah babak rasukan kadangkala memerlukannya membawa tiga watak serentak iaitu nenek, Abu dan Makcik Ratu Lempeng.



"Bayangkan saya perlu bergolek atas rumput yang ada tahi kucing. Saya perlu nangis tak henti. Agak meletihkan tetapi berbaloi melihat hasilnya.



"Alhamdulillah, pengarah Jamal Khan dan pelakon senior lain banyak beri tunjuk ajar dan semangat," tambah Shaza lagi yang mendapat inspirasi membawa watak Aliza selepas diminta Jamal menonton sebuah filem Tamil sebagai rujukan.



Yusuf Bahrin, 29 tahun, hero Jangan Ganggu Jodohku, adalah Dr Imran, yang berpemikiran moden, sombong, riak dan angkuh serta tidak mempercayai hal mistik.



Namun, selepas dia diganggu saka Makcik Ratu Lempeng, dia mula berubah menjadi lelaki yang pentingkan usaha membentengi diri daripada gangguan ilmu ghaib ini. Dia mula bersikap merendah hati.



Dr Imran juga awalnya tidak sukakan Aliza tetapi segalanya berubah apabila dia mula jatuh hati pada wanita itu dan berusaha mempertahankan cintanya agar tidak dijejaskan oleh kehadiran si jin bernama Abu yang juga jatuh hati pada Aliza.



Menjelaskan babak mencabar buatnya, Yusuf berkata:



"Saya sangka hanya main bola sepak atau pergi gimnasium untuk bersenam itu terlalu memenatkan.



"Rupanya, babak kena rasuk pun memerah seluruh jiwa raga dan tenaga saya.



"Dalam satu adegan di mana Dr Imran dirasuk, saya perlu jadi seperti watak saka Makcik Ratu Lempeng yang dibawa oleh Salina Saibi.



"Saya perlu jadi macam dia. Dia perlu ajar saya ikut sebiji macam pergerakan dan mimik muka dia. Tak boleh lain pun... itulah cabarannya."



Sementara itu, pelakon Amerul Affendi, 35 tahun, menganggap Jangan Ganggu Jodohku sebagai drama yang tidak mampu dilupakannya sebab beliau hanya sempat menjalani penggambaran selama 10 minggu sahaja.



Watak jin, Abu, yang digalasnya kemudian diserahkan kepada pelakon dan penulis naskhah, Aloy Paradoks.



Segalanya berlaku kerana Amerul mengalami alahan dan diserang semput teruk susuli suntikan vaksin Covid-19 pada Julai lalu.



Meskipun terasa ralat kerana tidak dapat menyempurnakan tugasnya di set, Amerul berkata:



"Bagi saya, watak Abu menyeronokkan dan unik. Cuma saya agak ralat tidak mampu menghabiskan tanggungjawab hingga selesai tetapi saya tahu, Aloy dapat melaksanakan amanah ini dengan baik.



"Soal sensitiviti bawa watak jin pula, selagi watak itu memberi pengajaran dan manfaat, saya tiada hal. Lagipun kisah ini sekadar cereka sahaja. Cuma menggunakan kostum jin dan solekan tebal berjam-jam lamanya agak tidak selesa," katanya.



Aloy pula menjelaskan selain kostum dan dandanan persis ikon restoran makanan segera Ronald McDonald yang perlu dipakainya seawal 4.30 pagi ketika membawa watak jin, Abu, ada beberapa babak emosi yang perlu dijayakan.



"Alhamdulillah, ketika ada beberapa babak berat di mana Abu muncul buat kali terakhir dalam hidup Aliza, saya dan Shaza perlu pertukaran dialog emosi yang makan masa empat lima jam.



"Tiada kru yang ganggu, angkat barang sana sini. Sebaliknya, mereka beri dorongan agar kami dapat hadam dan hayati babak luahan rasa itu dengan baik," katanya.



  • 'Jangan Ganggu Jodohku' disiarkan pada 10 malam di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) setiap Isnin hingga Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >