KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berdepan risiko penutupan operasi sekiranya gagal menjual aset dalam tempoh beberapa minggu ini.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Encik Mohd Taufek Razak, berkata hasil perbincangan dengan pengurusan tertinggi syarikat akhbar itu memaklumkan jika aset milik Utusan tidak terjual dalam tempoh terdekat ini, tidak ada jalan lain selain menutup operasi Utusan Malaysia.