Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AL BARAKAH

Harga diskaun bagi pembelian satu karton kurma

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



GEDUNG kurma Al Barakah menjadi tempat kegemaran pembeli kerana ia mempunyai pilihan kurma yang lengkap dan terbesar di seluruh Singapura.



Menawarkan lebih 30 jenis kurma dan buah-buahan kering, kurma yang dijual di Al Barakah boleh dibeli secara timbang atau juga dalam bungkusan tersedia.



Pelanggan yang membeli kurma secara timbang boleh berjimat sebanyak 20 peratus daripada harga kurma siap dibungkus.



Menurut Pengarah Al Barakah, Encik A. Rahman Bahurudeen, pelanggan biasanya memilih berbagai-bagai jenis kurma untuk kegunaan berlainan seperti berbuka puasa bersama keluarga, sebagai hadiah atau sedekah ke negara-negara jiran dan lain-lain lagi.



Ada juga yang berbuka dan bersahur dengan menikmati pelbagai jenis kurma berlainan.



Misalnya, kurma jenis rotab yang mengandungi kadar air lebih tinggi diminati ketika berbuka puasa.



Kurma yang dijual di Al Barakah berasal dari pelbagai negara. Contohnya, kurma ajwa Madeenah, ajwa Aaliyah, safawi, mabroum, medjoul, rabeah, mashruq dan sughai berasal dari Arab Saudi; manakala kurma dabbas dan lulu berasal dari Amriah Arab Bersatu (UAE); kurma fardh dari Oman; kurma deglet nour dari Tunisia; kurma medjoul dari Palestin; kurma rotab mozafati, mariami dan rabee dari Iran; kurma hayani dari Mesir; dan kurma kalahari dan bahri dari Afrika Selatan.



Menurut Encik A. Rahman, kurma di Al Barakah telah menjalani proses pemilihan dan pembersihan sebanyak dua kali, satu di Arab Saudi dan sekali lagi di kilang pembungkusan kurma mereka yang terletak di rantau ini.



Pastinya, kurma ajwa adalah kurma paling laris dan popular dalam kalangan pelanggan kerana ia merupakan kurma yang disyorkan Nabi Muhammad saw seperti yang dirakam dalam hadis-hadis sahih, kata Encik A. Rahman lagi.



Dari sudut kajian perubatan yang diambil daripada Jurnal Toksikologi Analisis dan Persekitaran dari Universiti King Saud, kurma ajwa juga mempunyai pelbagai khasiat seperti sumber antioksida, kaya dengan sumber khasiat dan mineral, baik untuk kesihatan usus dan sumber tenaga.



Setiap jenis kurma mempunyai peminat tersendiri berdasarkan rasa dari segi manis dan kurang manis dan juga dari segi tekstur isi kurma, yang agak lembut atau kenyal, kata Encik A. Rahman.



Menjelaskan mengapa setiap kurma mempunyai harga berlainan, Encik A. Rahman berkata:



"Ia bergantung pada permintaan dan bekalan. Kurma asli ajwa Aaliyah yang tumbuh di kawasan tanah haram Madinah, bernama Al-Awaali atau 'Aaliyah, adalah yang termahal kerana kawasan ladang kurma tersebut kecil dan semakin mengecil dengan perkembangan kawasan penginapan jemaah umrah.



"Disebabkan itu, harganya lebih mahal daripada ajwa Madeenah yang ditumbuh di luar kawasan tersebut. Ada juga yang mahal atas sebab isinya yang tebal seperti kurma medjoul dari Palestin dan Afrika."



Menjelang Ramadan ini, umat Islam digalakkan makan kurma semasa berbuka puasa kerana kurma dipercayai memberi bekalan tenaga agar bertahan sehari berpuasa.



Ia juga dipercayai menjadi sumber gula alami dan air yang penting ketika berbuka puasa.



Justeru, ayuh beli aneka jenis kurma untuk santapan anda menjelang Ramadan ini.



Kini, Al Barakah menawarkan harga diskaun sebanyak 20 peratus bagi mereka yang membeli satu karton kurma.




PROMOSI RAMADAN



Penghantaran percuma disediakan bagi pembeli yang berbelanja $49 ke atas di shop.barakah.sg. Al Barakah juga menawarkan tempahan secara borong bagi mereka yang ingin berniaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >