Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran Taleban: Tentera asing harus keluar dari Afghan jelang September ini

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Pihak Taleban memberi amaran mana-mana tentera asing yang masih berada di Afghanistan selepas tarikh pengunduran akhir September ini berdepan risiko dianggap penjajah.



Peringatan itu diberi susulan laporan mengatakan 1,000 tentera Amerika Syarikat masih berada di lapangan bagi melindungi misi diplomatik dan lapangan terbang antarabangsa Kabul.



Misi ketenteraan Amerika dan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (Nato) selama 20 tahun di Afghanistan diumum akan berakhir sepenuhnya pada 11 September ini.



Namun, keganasan di negara itu terus meningkat, dengan Taleban mengambil alih lebih banyak wilayah, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap masa depan Kabul.



Jurucakap Taleban, Encik Suhail Shaheen, berkata bukan dasar kumpulan itu untuk mengambil alih Kabul secara ketenteraan.



Namun, ketika wawancara dengan badan penyiaran berita Britain, BBC, di pejabat kumpulan militan itu di Qatar, beliau menegaskan tidak harus ada pasukan asing termasuk kontraktor tentera, tinggal di kota itu selepas pengunduran selesai.



"Sekiranya mereka meninggalkan pasukan tentera di sini, yang melanggar Perjanjian Doha, maka kepimpinan Taleban akan memutuskan bagaimana kami akan menanganinya.



"Kami akan bertindak balas berdasarkan keputusan akhir pucuk pimpinan Taliban," katanya sambil menambah diplomat, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat asing tidak akan menjadi sasaran Taleban.



Encik Shaheen menyifatkan pengunduran dari Pangkalan Udara Bagram minggu lalu, lokasi pangkalan tentera terbesar Amerika di Afghanistan, sebagai detik bersejarah.



Di bawah perjanjian dengan Taleban, Amerika dan sekutunya, Nato, setuju berundur sebagai balasan atas komitmen pihak militan untuk tidak membenarkan Al-Qaeda atau kumpulan pelampau lain beroperasi di kawasan yang mereka kuasai.



Seorang ahli Parlimen Afghanistan, Encik Razwan Murad, yang bercakap bagi pihak pemerintah, berkata pengunduran itu dilakukan secara tidak bertanggungjawab.



Katanya, pemerintah sudah bersedia untuk rundingan dan gencatan senjata tetapi Taleban tiada komitmen untuk perdamaian, sebaliknya semakin ghairah melancarkan serangan merampas kembali wilayah lama mereka.



Bagaimanapun, Encik Shaheen menafikan kumpulan militan itu terbabit dalam peningkatan keganasan baru-baru ini, yang menyaksikan kira-kira 100 daripada 400 wilayah di serata Afghanistan dikuasai Taleban.



Katanya, kebanyakan wilayah terbabit diserahkan kepada Taleban melalui timbang tara selepas tentera Afghanistan menolak untuk berperang.



Sementara itu, Presiden Afghanistan, Encik Ashraf Ghani, menegaskan pasukan keselamatan negara itu berupaya mengekang pemberontak, namun ramai percaya pengunduran akan menyebabkan negara itu kembali ke tangan Taleban. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >