Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SUSULAN HUKUMAN LEBIH TEGAS JIKA LANGGAR LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT

Ambil langkah tegas, tegur pelanggan

Sep 22, 2020 | 05:30 AM



ADA pelanggan yang akan bercampur gaul dengan pelanggan di meja lain walaupun sudah diberitahu berulang kali bahawa mereka tidak boleh melakukan demikian.



Ada pula yang dalam tempahan menyatakan hanya ada lima orang saja tetapi apabila tiba harinya, lagi dua orang muncul dan mereka mahu duduk semeja bersama.



Dek adanya sesetengah pelanggan yang bersikap "degil" sebegitu, pemilik kafe I Am Cafe, Encik Jamuri Busori, kini mengambil pendekatan lebih tegas terhadap pelanggan yang ingkar terhadap peraturan meskipun sudah berulang kali dinasihatkan oleh kakitangannya.



Ini lebih-lebih lagi setelah pemerintah mengumumkan baru-baru inibahawa tindakan lebih tegas akan diambil ke atas kedai makanan dan minuman (F&B) dan pelanggan yang melanggar langkah pengurusan selamat, dengan mereka akan dikenakan hukuman walaupun jika ia kesalahan kali pertama.



"Saya ada hantar mesej kepada kakitangan saya bahawa mereka perlu bersikap lebih tegas terhadap pelanggan. Jika mereka (pelanggan) berkeras tidak mahu mengikut peraturan, kami tiada pilihan selain menyuruh mereka pergi. Bukan kerana apa, kita perlu melindungi perniagaan kita sendiri dan juga keselamatan pelanggan," kata beliau.



Sejak perniagaan restoran di North Bridge Road itu dibuka semula, pelbagai langkah jarak selamat telah dilaksanakan demi melindungi keselamatan pelanggan dan kakitangannya.



Ini termasuk mengambil suhu badan dan menggunakan aplikasi SafeEntry, mengurangkan kapasiti tempat duduk sebanyak 50 peratus daripada sekitar 100 pelanggan kepada 50 pelanggan sekarang, dan menggalak pelanggan menggunakan kaedah memesan dan membayar makanan secara digital.



Mereka juga memastikan pelanggan mengikuti peraturan yang ditetapkan, seperti menggunakan pelitup muka selepas selesai makan, meja tidak diduduk lebih lima orang dan pelanggan tidak bercampur gaul dengan pelanggan lain yang tidak duduk semeja dengan mereka.



Namun, oleh sebab saiz kakitangannya telah berkurangan dan hanya terdapat dua pelayan yang bekerja pada satu masa, adalah sukar untuk memantau semua pelanggan sekali gus dan memastikan mereka tidak melanggar peraturan.



Malah, pernah juga terjadi kejadian yang kurang menyenangkan antara pelanggan dengan kakitangannya.



"Pernah kakitangan saya jumpa saya dan katakan ada kumpulan enam pelanggan ini berkeras mahu duduk semeja. Saya beritahu kakitangan saya untuk memberitahu mereka untuk mengikut peraturan dan jika mereka tidak mahu, mereka perlu tinggalkan tempat ini.



"Tetapi kumpulan pelanggan itu meninggalkan restoran kami sebelum kami berbuat demikian," kata beliau.



Encik Jamuri bimbang pendekatan lebih tegas yang diambil pemerintah itu akan menjejas perniagaan F&B dan ia akan menghalang pelanggan daripada keluar makan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi.



Namun begitu, beliau berkata pelanggan perlu menyesuaikan diri mereka dengan norma baru dan saling bekerjasama dengan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.



"Setiap orang perlu saling bekerjasama. Pelanggan mahu duduk makan di restoran dan kami juga mahukan perniagaan kami berjalan lancar," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >