Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Amnesia

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



Dalam usia sepi,

pudarlah warna pada polaroid peristiwa lama

dicalit karat penumbra sepia cahaya purnama

menjadi imejan kelibat kelabu tidak bernama

kerana kini kesemuanya tampak sama

sepanjang parabola ufuk tidak bertepi



Dalam waktu senyap,

sayuplah melodi irama bisikan kaset kelmarin

dihela puting beliung Masa dihembus angin

dibiar terngiang merentasi samudera masin

untuk padam liuk tarinya pelita lilin

kemudian segalanya kembali lenyap



Dalam saat sunyi,

ghaiblah ceritera mitos purba seorang enigma

menyucikannya dari segala status dan stigma

pencerahan nan mendakap anjakan paradigma

kerana sebalik semua terkandung hikmah

tertimbus pasir sejarah biar tersembunyi



Mungkin semua ini mimpi mamai belaka

kualpa dalam kembara mencari Aku, maka

maafkanku; kutinggalkan semalam penaka

sebuah kota nostalgia ditelan malapetaka



MOHAMED NAGUIB BIN NGADNAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >