PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia menghadapi kenyataan bahawa beliau tidak akan pernah menjadi perdana menteri, menurut wawancara dengan akhbar yang berpangkalan di Australia, The Age dan The Sydney Morning Herald.
Ditanya mengenai minggu luar biasa Februari lalu yang menyaksikan harapannya untuk menjadi perdana menteri musnah sekali lagi, Datuk Seri Anwar menegaskan beliau boleh menerima kenyataan beliau tidak akan pernah menjadi perdana menteri, kata laporan itu.