Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Didiagnos hidap limfoma selepas habis diploma... jalani kemoterapi 6 bulan

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



APABILA Cik Azhany Mohamed mengalami gejala demam gred rendah dan batuk yang berterusan, beliau menganggap ia disebabkan keletihan.



Setelah tidak dapat bernafas dengan betul ketika tidur, sesak dada apabila makan dan berjalan, beliau akhirnya ke doktor keluarganya - apatah lagi setelah menyedari perutnya yang kembung seolah-olah hamil.



Apabila dihantar ke Hospital Khoo Teck Phuat (KTPH) beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu kerana disangka menghidapi jangkitan paru-paru.



Namun imbasan PET atau Positron Emission Tomography menunjukkan setengah paru-parunya diselubungi tumbuhan yang besar. Beliau kemudian dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH).



"Apabila tiba di SGH, saya dimasukkan ke wad onkologi di mana saya menjalani biopsi, prosedur di mana sampel tisu tumor telah diekstrak dari paru-paru saya untuk pemeriksaan.



"Biopsi meninggalkan parut, dan saya ingat dengan jelas betapa sakitnya ia. Beberapa hari kemudian, sepasukan doktor melawat saya pada waktu pagi, mengesahkan saya menghidap Limfoma Hodgkin Tahap Dua,"cerita Cik Azhany, 26 tahun, pegawai dalam perkhidmatan awam.



Ketika didiagnos beliau berumur 22 tahun dan baru sahaja menghabiskan diploma dalam rekaan grafik dari Politeknik Temasek.



Ketika berbincang tentang rawatan, pakar onkologinya memberitahu tentang dua rawatan iaitu BEACOPP and ABVD.



BEACOPP, walau lebih intensif dari ABVD, ianya dinasihati lebih sesuai untuk kondisinya kerana saiz tumbuhan di paru-parunya.



Beliau dan keluarga memilih rawatan BEACOPP - rawatan kemoterapi selama enam bulan, yang melibatkan pengambilan ubat intravena dan secara oral setiap selang seminggu. Ini ditambah dengan suntikan penggalak yang ditadbir sendiri untuk meningkatkan bilangan sel darah putihnya.



Beliau juga menjalani pembedahan untuk membekukan telurnya (oocyte cryopreservation) sebelum rawatan untuk mengekalkan peluang beliau untuk hamil di kemudian hari.



"Tiga bulan pertama kemoterapi terasa masih boleh ditanggung.



"Saya mempunyai rambut dan menyambut ulang tahun ke-22 saya dengan kawan-kawan di hospital semasa bulan pertama kemoterapi, yang tidak dapat saya lupakan.



"Walaupun saya kehilangan semua rambut saya selepas bulan berikutnya, saya masih berasa okay secara fizikal.



"Bagaimanapun, selepas bulan ketiga, simptom saya menjadi lebih teruk - rambut saya berhenti tumbuh, saya muntah berterusan, dan hilang selera makan," kongsinya akan pengalaman rawatan yang dihadapinya.



Walaupun beliau berulang-alik ke SGH setiap dua minggu untuk lima bulan pertama untuk rawatan dan untuk mengambil ubat secara oral, beliau memilih untuk dimasukkan ke hospital pada bulan terakhir rawatan kerana terlalu lemah untuk melakukan perjalanan sendiri.



Tambahnya: "Selain sakit fizikal, saya juga hilang keyakinan diri kerana rambut yang berkurangan dan muka yang bengkak.



"Sebagai seorang anak muda, perubahan fizikal ini menjejaskan kesihatan mental saya dengan teruk; 'dating' memang mencabar dan saya sering berasa rendah diri apabila bersosial dengan rakan-rakan walaupun mereka meyakinkan saya bahawa mereka melihat saya sama sahaja.



"Bagi tempoh yang lama, saya tidak mempunyai keberanian untuk menyiarkan gambar diri saya di media sosial saya."



Selepas rawatan kemoterapi beliau menjalani rawatan radioterapi tiga kali seminggu selama lapan hingga 12 minggu sebagai pesakit luar.



Selepas radioterapi, Cik Azhany kembali ke SGH setiap minggu untuk pemeriksaan sehinggalah akhirnya, doktor berkata tidak perlu lagi untuk menjalani imbasan PET kerana beliau telah bebas kanser.



Selera makan dan kekuatannya mula kembali selepas rawatan kemoterapi terakhirnya.



Rambutnya juga mula tumbuh kembali ketika masuk sebulan di dalam radioterapi.



Mengulas tentang sebab beliau menghidapi penyakit ini, Cik Azhany berpendapat:



"Walaupun saya sedar tentang pelbagai faktor risiko kanser, saya rasa saya tidak perlu lakukan tabiat sihat kerana saya percaya remaja seperti saya tidak mungkin dijangkiti penyakit ini.



"Saya hanya bersenam sekali atau dua kali seminggu dan kerap makan makanan segera dan diproses. Saya kemudian mendapat tahu bahawa ibu bapa saya dan malah datuk nenek di kedua-dua belah pihak tidak mempunyai sejarah barah, yang menyokong kemungkinan besar keadaan saya dikaitkan dengan gaya hidup yang kurang sihat."



Pada tahun pertama beliau bebas dari barah, beliau akan keluar berjalan untuk mengaktifkan diri bergerak.



Di rumah, pembantunya memasak makanan berasingan untuk dirinya dan keluarga kerana mereka sering makan makanan digoreng dan diproses.



Tetapi akhirnya, dengan sedikit dorongan, keluarganya juga memperbaiki diet mereka dengan kurangkan makan makanan yang diproses dan lebihkan hidangan yang dimasak di rumah dengan bahan yang tinggi nilai pemakanan.



Selepas mula bekerja, beliau menyedari betapa secara fizikal beliau kurang kuat, jadi beliau menyertai gimnasium dan kelas kecergasan seperti HIIT (latihan selang intensiti tinggi) untuk meningkatkan lagi kekuatan dan daya tahannya.



Beliau juga menjalani pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah setiap kali berasa letih yang luar biasa, untuk memastikan tahap kesihatannya masih sama.




APA YANG MUNGKIN PENYEBAB HIDAP KANSER? 



"Walaupun saya sedar tentang pelbagai faktor risiko kanser, saya rasa saya tidak perlu lakukan tabiat sihat kerana saya percaya remaja seperti saya tidak mungkin dijangkiti penyakit ini.



"Saya hanya bersenam sekali atau dua kali seminggu dan kerap makan makanan segera dan diproses. Saya kemudian mendapat tahu bahawa ibu bapa saya dan malah datuk nenek di kedua-dua belah pihak tidak mempunyai sejarah barah, yang menyokong kemungkinan besar keadaan saya dikaitkan dengan gaya hidup yang kurang sihat."
- Cik Azhany.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >