Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Awas NET

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



TUMOR neuroendokrin atau NET sering salah diagnosis sebagai sindrom iritasi usus (IBS atau irritable bowel syndrome).



Antara sebab utama adalah kerana kedua-duanya mempunyai gejala yang serupa.



Pakar Perunding Kanan Onkologi Perubatan Pusat Kanser Nasional, Dr David Tai, berkata:



"NET adalah sejenis barah yang mendapat namanya daripada jenis sel-sel asal mereka, yang merupakan sel-sel sistem neuroendokrin badan."



Nama itu adalah gabungan daripada 'neuro' untuk saraf dan 'endokrin' yang merujuk kepada pengeluaran hormon.



Seperti namanya, sel-sel ini berkongsi sifat dengan sel saraf dan sel endokrin dan bertindak balas terhadap isyarat daripada sistem saraf untuk menghasilkan atau berhenti menghasilkan hormon, terang Dr Tai.



Walaupun NET boleh berlaku hampir di mana sahaja dalam badan, tumor-tumor neuroendokrin biasanya bermula di pankreas, paru-paru dan saluran pencernaan (perut, apendiks, usus kecil, usus besar dan rektum).



Sering salah diagnosis



NET menimbulkan gejala yang serupa dengan IBS, iaitu ketidakselesaan usus, kembung, cirit-birit, penurunan berat badan dan sensitif terhadap beberapa makanan seperti hidangan pedas dan lain-lain.



IBS biasa dihidapi dan menjejas sekitar 10 peratus rakyat Singapura, dengan kadar kelaziman seramai 10,000 setiap 100,000 penduduk.



Sebaliknya, NET jarang berlaku dengan kadar kelaziman 35 kes setiap 100,000 penduduk - hanya menjejas 0.035 peratus penduduk.



Oleh itu, tidak menghairankan apabila doktor dan doktor penjagaan utama melihat pesakit yang mengalami masalah ketidakselesaan usus, prognosis pertama mereka adalah IBS.



Salah anggap tentang NET



Selain IBS, Dr Tai berkata NET turut meniru dan berkongsi gejala dengan 'Penyakit Crohn' yang juga mengakibatkan sakit perut, pembuangan berdarah atau luar biasa dan penurunan berat badan.



Sebagai tambahan, pesakit wanita yang menghidapi NET pernah dikeliru dengan endometriosis dan perimenopause kerana sakit perut, memerah (flushing) dan mood.



Secara umum, tanpa ujian darah dan pengimejan yang betul, NET sukar didiagnosis.



Gejala yang dapat membezakan kanser NET daripada IBS dan keadaan lain



Malangnya, pada peringkat awal, kebanyakan kanser NET tidak menyebabkan sebarang gejala sama sekali dan bila ada gejala, biasanya kanser sudah di peringkat sudah teruk.



Bagaimanapun, anda harus berjumpa dengan doktor anda sekiranya gejala IBS anda tidak bertindak balas terhadap ubat-ubatan atau larangan diet, atau jika selain gejala jenis usus yang kembung atau menyakitkan, anda juga mengalami:



  • Cirit-birit yang berpanjangan atau cirit-birit pada waktu malam

  • Memerah muka dan rasa panas

  • Insomnia

  • Tempoh tekanan darah rendah atau tinggi yang tidak normal

  • Berdehit (wheezing) berterusan atau gejala seperti asma

  • Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

  • Sakit perut yang progresif

  • Pendarahan rektum

Siapa yang berisiko tinggi?



Terdapat beberapa faktor risiko yang diketahui walaupun ada yang mempunyai kaitan yang lemah dan mereka adalah sindrom keturunan, kencing manis, merokok, keadaan perubatan yang merosakkan perut dan menyebabkan pengurangan pengeluaran asid.



Penyakit ini tidak ada hubungan dengan usia walaupun kanak-kanak jarang menghidapinya.



Tidak ada kaitan dengan faktor makanan dan persekitaran.



Bolehkah diet dan gaya hidup membantu mengelakkan NET?



Walaupun faktor risiko tertentu seperti keadaan keturunan dan sejarah keluarga tidak dapat dikawal, anda boleh mengurangkan risiko NET dengan berhenti merokok, membatasi pengambilan alkohol, dan menjaga berat badan anda dan kekalkan di tahap normal.



Anda dapat menjaga berat badan yang sihat dengan kerap bersenam dan diet yang mengandungi sejumlah besar buah-buahan dan sayur-sayuran, serta rendah kandungan gula halus, garam dan lemak trans yang banyak terdapat dalam makanan yang diproses.



Walaupun ia salah satu kanser yang jarang berlaku, kes kanser NET meningkat, dengan kadar kejadian hampir tiga kali ganda dalam tempoh 50 tahun terakhir.



Sebilangan kenaikan dalam dekad terakhir mungkin disebabkan oleh lebih banyak kes barah NET didiagnosis secara kebetulan ketika pesakit menjalani imbasan CT dan MRI untuk alasan lain tetapi itu tidak mencakup semua peningkatan jumlahnya.



Ujian darah dan air kencing mengesan barah NET.



Sekiranya mereka memberikan hasil yang positif, mereka diperiksa lanjut dengan imbasan CT untuk mencari tumor yang sebenarnya.



Walaupun purata masa dari awal hingga diagnosis kanser NET adalah sekitar tujuh tahun, Dr Tai menambah:



"Berita baiknya adalah kerana sifatnya yang tidak biasa dan kadar pertumbuhannya yang perlahan, ia bertindak balas dengan baik terhadap terapi ubat dan tidak seperti kebanyakan kanser, sering dapat dibedah walaupun pada peringkat empat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >