Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Azalina: Tinggalkan Umno jika anda 'bantu pembangkang'

Dec 11, 2015 | 06:52 PM



KUALA LUMPUR: Ahli Umno yang "membantu pembangkang" setiap kali mereka menyuarakan pendapat mereka seharusnya meninggalkan parti itu, kata Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini, Jumaat (11 Disember).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, mana-mana anggota Umno, tidak kira kedudukan mereka, harus bersikap "gentlemen" untuk meninggalkan parti sekiranya mereka tidak bersedia untuk menuruti peraturan dan syarat parti.


Ditanya sama ada beliau merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin - kededuanya pengkritik lantang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datuk Seri Azalina berkata ia ditujukan kepada sesiapa sahaja dalam parti.


"Ia adalah untuk sesiapa sahaja. Sebagai ahli parti, kita mesti setia kepada parti. Kita tidak seharusnya memberi kekuatan kepada pembangkang," katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno hari ini.


"Jika setiap kali anda membuka mulut anda akan berkelakuan dengan cara yang memberikan kekuatan kepada pembangkang, maka saya tidak faham mengapa anda masih dalam parti," katanya. - STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >