Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

FINALIS ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB) 2021

Bertekad ubah kehidupan pelajar melalui pendidikan sempurna

Guru bahasa Melayu berharap pelajarnya raih contoh melalui asuhannya
Nov 01, 2021 | 05:30 AM



Setiap tahun, Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) diberikan kepada guru-guru bahasa Melayu yang dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti keupayaan memupuk pengetahuan, kemahiran dan minat dalam pembelajaran bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu di dalam dan luar bilik darjah. Dalam terbitan kali ini, kami ketengahkan finalis dalam kategori Teladan bagi anugerah tersebut. Ikuti laporannya.



INGIN mengubah kehidupan pelajar melalui pendidikan yang sempurna.



Inilah falsafah yang dipegang teguh oleh Encik Abdul Khalik Saidin sebagai seorang guru bahasa Melayu selama 19 tahun.



Memandangkan ramai pelajar mengalami masalah kebajikan dan keluarga, beliau, yang kini merupakan guru di Sekolah Rendah Zhangde, berkata ini kadangkala menjadi halangan bagi para pelajarnya untuk menghadiri kelas, lalu mereka ketinggalan dalam pelajaran.



Melalui bimbingan, asuhan dan sokongan seseorang di sekolah, Encik Khalik berharap dapat menjadi contoh kepada para pelajarnya untuk mencapai kecemerlangan dan berjaya dalam masa hadapan mereka.



Menurut Encik Khalik, tugasnya sebagai guru bukan hanya untuk mengajar, tetapi lebih daripada itu.



"Tugas seorang pendidik bukan setakat menyampaikan ilmu bahasa Melayu, bahkan juga menyemai nilai-nilai murni, menguruskan kebajikan, mengawal pergaulan sosial dan mengawasi emosi para pelajar," katanya.



"Sebab itu, tanggungjawab seorang pendidik sangat berat.



"Segala urusan pelajaran, pengajaran, keperibadian dan kebajikan para pelajar akan diuruskan oleh seorang pendidik," jelasnya.



Ketika beliau baru sahaja menceburi bidang ini, Encik Khalik berkata banyak telah beliau lakukan untuk memastikan pelajar-pelajarnya tidak ketinggalan di sekolah.



Antara usahanya termasuk melawat rumah para pelajar, menerangkan pentingnya pendidikan kepada ibu bapa, menyediakan kos pembelanjaan pelajar, bantuan kemasyarakatan dan bengkel untuk ibu bapa.



Meskipun sudah banyak masa berlalu, Encik Khalik berkata falsafahnya untuk membantu pelajarnya tidak berubah walaupun caranya untuk mendekati pelajar telah berubah sedikit.



"Kini, saya bukan setakat melawat ke rumah mereka setiap pagi, tetapi saya akan memastikan pelajar tersebut dibawa ke sekolah bersama saya.



"Di sekolah saya akan memberi motivasi dan ganjaran kepada setiap pelajar yang hadir ke sekolah," katanya.



"Dengan kehadiran para pelajar di sekolah, saya dapat memastikan pembelajaran dan penggunaan bahasa Melayu mereka dapat diteruskan," ujarnya.



Mengulas mengenai perjalanannya sebagai seorang guru Melayu, Encik Khalik berkata tugas seorang guru merupakan tugas yang bukan tergolong dalam cita-citanya.



Namun, ketika diberi peluang untuk mengajar sebagai guru sandaran, beliau, yang merupakan guru yang bertanggungjawab atas kegiatan kokurikular bola sepak, mula berasa tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang guru sangat berat terutama sebagai guru bahasa Melayu.



Encik Khalik merupakan salah seorang daripada empat finalis Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini bagi kategori Teladan.



"Guru bahasa Melayu yang akan mencorak para pelajar Melayu pada masa hadapan.



"Jika bukan guru bahasa Melayu, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk memupuk nilai dan mengenalkan budaya kepada para pelajar Melayu?



"Melihat kebahagiaan para pelajar saya membuat saya terus melakukan tugas ini bertahun-tahun lamanya," katanya.




Kini, saya bukan setakat melawat ke rumah mereka setiap pagi, tetapi saya akan memastikan pelajar tersebut dibawa ke sekolah bersama saya.



Di sekolah saya akan memberi motivasi dan ganjaran kepada setiap pelajar yang hadir ke sekolah.



Dengan kehadiran para pelajar di sekolah, saya dapat memastikan pembelajaran dan penggunaan bahasa Melayu mereka dapat diteruskan.
- Encik Abdul Khalik Saidin, guru bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhangde.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >