Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

BAHASA, BUDAYA & WARISAN KITA

Pastikan watak wanita berwibawa dalam karya novel

Mar 20, 2022 | 12:54 AM



DALAM usahanya mahu memperjuang usaha memperkasa wanita, penulis novel, Cik Norisah A. Bakar, 60 tahun, memastikan watak wanita dalam novel-novelnya digambarkan sebagai wanita yang berwibawa.



Menerusi watak-wataknya dalam novel, beliau harap pembaca dapat mengambil iktibar dan lebih bermotivasi mengejarkan apa yang diingini.



Bercakap dengan Berita Minggu baru-baru ini, novelis Singapura itu meluahkan bahawa beliau mengambil masa bagi memikirkan perkembangan watak-wataknya.



"Saya akan membayangkan diri saya sebagai watak itu. Dari situ, saya dapat lebih memahami ciri-ciri watak tersebut dan juga menjangkakan apakah langkah seterusnya ataupun keputusan yang akan dipilih oleh watak tersebut.



"Selain itu, menerusi watak-watak wanita dalam cerita, saya cuba melakarkan watak utama yang ada perkembangan dari segi personaliti dan kekuatan. Jika pada mulanya, wanita itu bersifat cengeng atau takut-takut, dengan jalan cerita yang sesuai, watak itu akan dikembangkan dan muncul lebih berdikari, bertenaga dan berani. Tidak mudah mengalah terhadap sebarang masalah," singkap ibu lima anak dan nenek seorang cucu itu.



Apabila ditanya apakah yang mencetus minatnya dalam tulisan, beliau menjawab bahawa minatnya itu dipupuk sejak di bangku sekolah.



"Dari kecil saya suka membaca. Saya kagum dengan apa yang saya baca dan ingin buat cerita sendiri.



" Saya masih ingat lagi dulu ketika dalam darjah enam, saya suka bercerita bersama kawan-kawan pada masa rehat dan mereka akan berkumpul depan saya dan dengar cerita-cerita yang saya reka sendiri. Tak kiralah cerita hantu atau apa sahaja yang saya reka," gelak Cik Norisah mengimbas kenangan ketika zaman sebagai pelajar.



Dari situ, minatnya dalam mereka cerita berkembang kepada penulisan dan juga telah memenangi beberapa peraduan menulis di sekolah.



"Apa yang terus memberi saya motivasi dan inspirasi adalah perasaan kagum daripada penulis lain dan semangat mahu menghasilkan karya tersendiri," tambah Cik Norisah yang telah menerbitkan tujuh novel sejauh ini.



Menurutnya, selain memperkasa wanita dalam novel-novelnya, beliau juga suka menyertakan tema kekeluargaan dalam cerita tulisannya.



"Antara ilham penulisan saya adalah menerusi pengalaman saya sendiri.



"Sebagai penulis, kita harus peka dengan persekitaran kita. Tidak kisah kalau pengalaman sendiri atau apa yang dilihat dan sebagainya," ujarnya.



"Dalam pada itu, saya juga suka memasukkan isu kekeluargaan. Isu seperti ini lebih dekat kepada masyarakat.



"Selain itu, saya juga suka merangkumi pelbagai isu lain misalnya persahabatan, kasih sayang dan kemasyarakatan.



"Akhir kata, menerusi isu-isu ini, pembaca dapat mengambil contoh dan menggunakannya untuk mengeratkan perhubungan mereka berkaitan isu-isu demikian," tambahnya.



Setelah empat tahun berehat daripada menulis, kini Cik Norisah kembali mengaryakan novelnya yang kelapan.



Beliau mula menulisnya akhir tahun lalu dan belum ada tarikh yang disasarkan kerana ingin mempunyai lebih masa dan tidak terdesak menyelesaikannya kerana syarikat penerbitannya sebelum ini telah tutup.



Ketika masa rehatnya itu, beliau meluangkan lebih masa dengan membaca karya-karya penulis lain.



"Di rumah banyak buku tetapi tidak terbaca. Dengan masa yang saya ambil untuk rehat ini, saya mengambil masa membaca dan menyokong tulisan penulis. Pendek kata, saya saling belajar juga ketika membaca," jelasnya.



Meluahkan harapannya untuk masyarakat Melayu di Singapura, beliau berharap lebih ramai terus membaca terutama dalam karya bahasa Melayu.



"Ada pelbagai jenis bahan bacaan yang tersedia sekarang. Cerita ringan pun mudah. Ambil sahaja pilihan membaca, jangan putus minat membaca itu," nasihatnya yang kini lebih minat membaca genre Travelogue, penulisan pengalaman pelancongan.




"... menerusi watak-watak wanita dalam cerita, saya cuba melakarkan watak utama yang ada perkembangan dari segi personaliti dan kekuatan. Jika pada mulanya, wanita itu bersifat cengeng atau takut-takut, dengan jalan cerita yang sesuai, watak itu akan dikembangkan dan muncul lebih berdikari, bertenaga dan berani. Tidak mudah mengalah terhadap sebarang masalah."
- Cik Norisah A. Bakar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >