Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Band Tujuh Anak Muda Bawah Blok

Mar 14, 2021 | 05:30 AM

Mereka itu dulu sekumpul sekepala

band tujuh anak muda bawah blok

peram cerna adun karya

konon sarat nada irama

bahasa nota tiada sekata

galak meriahi kolong bisu

angan menebal mendepan melangit

Mereka itu dulu sekumpul serasa

band tujuh anak muda bawah blok

lemah ilmu langkah buntu

igau lama ditepis ditangkis

jendela minda luas dibuka

rakus gali sejarah budaya

seniman jauhari bapa-bapa pengkarya

Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee,

Zainal S. Abbas, Wandly Yazid, Ahmad Wan Yet

amanah dijulang bakti kekal mewangi

renung titip kaji pesan manikam

Sayang DiSayang, Ibu,

Di Mana 'Kan Ku Cari Ganti, Sumbangsih,

Gurindam Jiwa,

Mengapa DiRindu

& tujuh anak muda itu lesu lesi

secubit garam seni belum pasti terisi

Mereka itu dulu sekumpul selangkah

band tujuh anak muda bawah blok

mula belajar bercermin diri

dalami bahasa kenali nota

deras bergelombang darah leluhur

memanik memercik zaman ke zaman

asli, ghazal, dondang sayang,

keroncong, gamelan

cantuman perca Nusantara yang agung

alun berdetik segar memutik

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >