Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Beralih dari pakej pelancongan kepada minuman 'ala bola sepak'

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



SEDANG perniagaan pelancongannya meningkat naik, Covid-19 bagai panah yang menikam.



Pengasas firma Matchday Affairs, Encik Mohammad Mirza Salim, terpaksa membatalkan dua pakej pelancongan bola sepak ke Britain pada April dan Mei tahun lalu yang sudah ditempah pelanggannya.



Dari menyimpan duit yang sudah dibayar penuh oleh pelanggannya, beliau memutuskan memulangkan hampir $160,000 kepada pelanggannya kembali kerana tidak tahu bilakah sempadan antarabangsa akan dibuka.



"Kami memilih untuk mengembalikan wang kepada pelanggan yang mencapai hampir $160,000. Ada banyak faktor yang ditimbangkan. Pertama, kami telah membangunkan reputasi kami dan bekerja keras sejak setahun lalu. Dengan pengaruh media sosial, satu langkah salah akan menjejas reputasi kami.



"Kedua, pelanggan sudah pun meletakkan kepercayaan terhadap kami. Ia merupakan amanah bagi kami memberi balik duit itu kerana khidmat tidak dapat dipenuhi.



"Dalam perniagaan dan kehidupan, saya yakin dengan konsep barakah. Jika ada barakah, ia akan membuat kehidupan kita lebih mudah. Duit boleh dicari tetapi kepercayaan sukar dibangunkan semula," kata Encik Mirza, 39 tahun.



Matchday Affairs dibentuk pada 2019 bagi memanfaatkan populariti bola sepak Liga Perdana England (EPL).



Di bawah pakej pelancongan itu ditawarkan syarikat itu, peminat bola sepak boleh mengunjungi stadium Old Trafford ataupun Anfield bagi menyaksikan secara langsung aksi bintang mereka dari Manchester United mahupun Liverpool bermain bola sepak atau melihat mereka menjalani latihan.



Hampir setiap bulan sejak dibentuk, syarikat itu membawa rombongan ke sana dan dalam tempoh setahun, perniagaan itu amat mantap sekali.



Selepas menyelesaikan duit pelanggan, bapa dua orang anak itu terfikir arah tujuan perniagaannya yang tidak dapat beroperasi.



Mencari idea baru, beliau mengikuti sebuah program bimbingan perniagaan, Monsters of The Deep setelah diundang usahawan setempat, pemilik Crave - The Original Adam Rd Nasi Lemak By Selera Rasa, Dr Abdul Malik Hassan.



"Pembimbing saya, Encik Mohamed Fazluddin, seorang akauntan, mengongsi idea untuk diterokai. Mulanya kami ingin mencipta 'Teh Tarik Liverpool'. Saya fikir ialah adalah idea gila kerana saya tidak punyai pengetahuan dalam bidang makanan dan minuman (F&B) dan ia tidak mempunyai kaitan dengan bola sepak. Kemudian, isteri saya menyarankan saya mengeluarkan minuman butterscotch soda," kongsinya.



Beliau mempelajari sendiri di Youtube dan mencuba bahan-bahan untuk mendapat perisa terbaik.



Dari idea yang berputik sekitar Oktober tahun lalu, minuman itu dilancarkan pada Disember.



Sejauh ini, minuman itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.



Mengaitkan dengan bola sepak, beliau menggunakan nama Matchday Brews dan menjual minuman dengan nama seperti Red Devils Brew dan Kopites Brew.



Mengimbas kembali tempoh sukar itu, Encik Mirza bersyukur mendapat sokongan isterinya, ibu bapa serta rakan peniaga.



"Ada kalanya, saya sangsi dengan kemampuan diri saya dan menyoalkan jika apa yang saya lakukan adalah betul. Tetapi, mengimbas kembali, saya fikir apa jua yang kita lakukan, kita harus mempunyai minda terbuka dan fikir di luar kotak. Semangat positif dan sokongan keluarga dan rakan menguatkan diri saya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >