KUMPULAN reformasi pilihan raya Bersih menunjukkan media pada Selasa (6 Okt) senarai bank akaun semua orang yang telah menderma sebanyak RM2.6 juta ($ 842,000) bagi perhimpunannya pada Ogos, dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan nama orang yang menurut beliau menderma AS$700 juta ($ 997 juta) ke dalam akaun banknya.
Kumpulan itu berbuat demikian sebagai respons kepada cabaran Datuk Seri Najib yang berkata Bersih menggunakan dwitaraf apabila ia mahu beliau menamakan penderma politik beliau, namun tidak bersedia menyatakan siapa menyumbang wang kepadanya untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur itu.