Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MUZIK BARAT

Bintang Denmark pukau Asia dengan lagu 'parut' emosi

'Beautiful Scars' dan 'Letters' hadiah Maximillian buat peminat hargai kehidupan, persahabatan
Nov 10, 2021 | 05:30 AM



Sebut tentang muzik Barat, tidak semua band dan artis solo yang menguasai pasaran dunia dan Asia datang dari Amerika dan Britain. Muzik dari negara Scandinavia (subwilayah Eropah Utara yang berkongsi ikatan budaya, bahasa dan sejarah) seperti Denmark, Sweden dan Norway turut membawa pengaruh luar biasa menerusi muzik 'menyengat' mereka. BERITA HARIAN melaporkan.




HAMPIR tiga dekad lalu, band dari Aarhus, Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) memukau pengamat muzik Asia dengan lagu jatuh cinta, putus asa dan bangkit semula dalam kehidupan.



Kini, anak muda senegara, Maximillian, 22 tahun, yang berpangkalan di Copenhagen pula, menguasai pasaran muzik global dengan lagu pasang surut kehidupan Beautiful Scars dan irama balada persahabatan Letters.



Penampilan dan stail rambutnya mengingatkan penulis tentang penyanyi utama MLTR, Jascha Richter, kini 58 tahun, sewaktu mudanya.



Seperti MLTR, Maximillian yang memulakan kerjaya sebagai artis rakaman pada usia 17 tahun dengan lagu campuran hip hop dan elektronik adalah nama besar di Filipina.



Sejak dimuatnaikkan di Spotify tahun lalu, Beautiful Scars sudah distrim hampir 100 juta kali manakala lagu barunya Letters distrim lebih dua juta kali.



Bagaimana penangan muzik penghibur subwilayah Scandinavia ini mampu menggegar dunia dalam tempoh pandemik?



Ikuti wawancara Zoom Berita Harian bersama Maximillian yang diselaraskan label rakaman Universal Music.



Soalan (S): Bilakah detiknya di mana anda menyedari muzik adalah kerjaya pilihan?



Maximillian (M): Saya suka menyanyi ketika masih kecil lagi sekitar usia tiga tahun. Saya akan menggenggam sudu kayu dari dapur sebagai mikrofon dan menyanyi di sana sini.



Ibu bapa saya mengesan minat saya dan pada usia saya 14 tahun, mereka menghantar saya ke kelas muzik untuk dalami seni ini secara serius.



Ia bermula hanya sebagai hobi tetapi lama-kelamaan, matlamat saya dalam hidup adalah untuk bergelar penyanyi.



S: Adakah konsert tertentu yang mencetus inspirasi anda untuk menjadi penghibur yang berjaya?



M: Saya berkunjung ke konsert Pink Floyd di Copenhagen bersama ayah saya. Anehnya, kami sudah lama tidak berhibur bersama. Justeru, pengalamannya 'menggila'.



Terdapat 40,000 orang di situ. Lokasinya sebuah stadium bola yang diubah menjadi pentas konsert.



Saya nampak pancaran cahaya laser di mana-mana. Saya lihat anggota band Pink Floyd benar-benar teruja memberikan persembahan terbaik. Apabila mereka naik pentas, dalam hati saya berkata-kata, 'Saya nak jadi macam mereka suatu hari nanti!'



S: Bagaimana muzik menjadi terapi buat anda?



M: Apabila saya menghasilkan lagu yang berdasarkan kenangan peribadi, saya beri jiwa raga saya dalam meluahkan apa yang terbuku di fikiran dan hati.



Ia ibarat menulis diari sarat lirik yang disampaikan dalam irama muzik. Sambil meluahkannya, sambil terubat jiwa saya.



Selepas menghasilkannya, hati terasa lega dan saya dapat meneruskan kehidupan saya.



S: Ceritakan tentang 'Beautiful Scars' yang mendapat banyak sambutan.



M: Beautiful Scars adalah kisah hidup silam saya yang terdedah pada pelbagai bahaya dan 'parut' kehidupan dek tidak takut berada di ambang nyawa.



Ia adalah perjalanan saya ke arah kematangan. Dahulu, sikap dan cara saya melayan orang berlainan. Saya sentiasa berperang dengan emosi muda remaja saya yang kadangkala meledak tanpa amaran.



Ramai pendengar yang boleh kaitkan diri mereka dengan lagu ini. Bagi saya, penting untuk karya saya ini menyampaikan kisah jujur saya yang kemudian dapat membantu dan mengubati orang lain sebagaimana ia menolong meredakan tekanan emosi saya.



S: Apa pula kisah di sebalik 'Letters'?



M: Saya menggubah dan menulis lirik bagi lagu ini di kala saya hilang kasih seorang sahabat yang tiada bersama saya kini.



Bagi saya, penting untuk kita memberitahu orang-orang penting dalam hidup kita betapa mereka bermakna dalam perjalanan hidup kita.



Letters membayangkan warkah yang saya tulis bagi memberitahu teman saya betapa saya memerlukannya. Saya akur akan ada hari di mana kita kehilangan sahabat kita buat selama-lamanya.



Dalam tempoh pandemik ini lagi, lebih mustahak bagi kita mengingati orang-orang tersayang dan beritahu kepada mereka perasaan kita sebelum terlambat.



S: Kalau anda boleh tulis tiga surat buat tiga orang atau sesiapa sahaja, warkah ini ditujukan kepada siapa?



M: Mendiang datuk saya. Beliau meninggal beberapa tahun lalu dengan saya tidak sempat mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepadanya.



Sepucuk surat lagi buat kucing peliharaan saya yang telah mati, Odie. Itulah haiwan pertama yang saya jaga dan amat saya rindui.



Akhir sekali, surat untuk saya sendiri yang masih kanak-kanak. Saya ingin berpesan kepada diri saya agar tidak mudah tertekan dan fahami adat kehidupan ada pasang surutnya.



S: Muzik siapakah yang mencetus inspirasi buat anda?



M: Michael Jackson. Saya membesar dengan lagu-lagunya. Bayangkan saya selalu pakai sarung tangan hitam dan letak gel rambut berminyak pada rambut saya.



S: Apakah kemahiran baru yang dipelajari sewaktu pandemik?



M: Memandu kereta. Saya lulus ujian memandu dan memperolehi lesen memandu pada musim pandemik. Bapa saya meminjam sebuah kereta buat pemandu asas dan pada hari saya lulus, saya meronda sekeliling kota.



S: Nama anda besar di Filipina. Apa perasaan anda?



M: Saya terharu. Ketika saya dapat tahu mengenai perangkaan kejayaan lagu saya di Filipina, saya sedang terbaring di katil rumah dan hampir terlelap.



Ia adalah pengalaman yang sangat menggalakkan. Membaca komen warga Filipina mengenai karya saya adalah satu pencapaian manis.



Tak sabar nak berkunjung ke Asia Tenggara kalau sempadan dibuka kelak. Saya harus berterima kasih kepada peminat di rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >