Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Bintang Indonesia, Upiak cari ketenangan

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



SATU-SATUNYA wakil Indonesia ke pertandingan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8), Upiak Isil, tidak memaklumkan anggota keluarganya mengenai penyertaan di dalam peraduan tersebut.



Upiak, 35 tahun, yang nama sebenarnya Silvia Nanda, pernah popular dengan lagu Tak Tun Tuang berkata beliau lebih selesa membuat hal sendiri dan fokus memikirkan apa yang diinginkannya dalam kehidupan.



"Saya sebenarnya dah dua bulan tidak bercakap dengan keluarga. Ini kerana saya seorang yang suka berfikir dan tiada apa-apa masalah pun dengan mereka kerana lebih selesa berdiam.



"Kalau saya nak tenang memang kena asingkan diri dan suka macam itu serta boleh menyiapkan lagu. Apapun, saya tahu keluarga pasti selalu doakan yang terbaik," katanya kepada akhbar Harian Metro.



Meskipun gemar bersendiri, Upiak berkata beliau masih sering menghubungi adiknya dan selalu mengirimkan duit belanja buat emaknya untuk kegunaan keperluan.



Mengulas tentang komen negatif warganet terhadapnya, Upiak tanpa berselindung meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan segelintir warganet yang amat keterlaluan di media sosial.



"Kenapa ada mereka yang sanggup komen orang sebegitu, umpama ingin menjadi tuhan dalam hidup saya? Rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang aturkan," katanya.



Upiak menambah banyak pihak pernah mengingatkan dirinya agar apabila terjun ke bidang seni mesti kena kuat mental.



"Kalau tak kuat (mental) tak payah baca. Tapi, saya di Malaysia ketika ini belajar buat tidak peduli saja. Apapun kita buat, tetap ada salah dimata mereka (warganet) yang tidak suka.



"Saya juga tidak membaca komen di Instagram kerana memang pedih. Apalagi, saya jenis orang yang terlalu banyak berfikir. Dengan komen-komen negatif begitu, akan buat saya tidak yakin diri.



"InsyaAllah saya akan buktikan kemampuan di dalam pertandingan GV8 ini," katanya yang menyanyikan lagu Ayda Jebat, Parah Parah dalam konsert kedua kelmarin.



Upiak yang jatuh tempat kelima dalam konsert kedua dengan markah 69.6 peratus akan menyanyikan lagu Ratu Rok Ella, Retak, Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >