Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Cermin Diri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

Cermin Diri

Mar 12, 2023 | 05:30 AM

Yang hanya diam membisu
tak bererti dungu
yang mahir menyulam kata
tak semesti pintar
seperti gendang kosong
semua dikelentong
seperti tong kosong
semua dibohong
Yang tahu membezakan
intan dari kaca
dialah yang harus
digelar siswazah
biarpun tiada
segulung ijazah
biarpun tak punya
sekajang diploma
Yang hanyut di arus julang
tampil demi puji
lagaknya laksana ayam
bertelur sebiji
riuhnya satu kampung
akhirnya jadi sombong
suaranya melambung
egonya menggunung
Yang cinta kebenaran
tak pinta sanjungan
sikapnya bak penyu
telurnya beribu
tunduk bak semalu
tak digembar gembur
tawaduk selalu
tak siapa yang tahu
Yang hanya tahu mengeji
sebenarnya iri
mungkin sahaja terlupa
kekurangan diri
yang gemar menasihat
tingkah jangan berkarat
yang suka mencacat
sangka diri hebat
Dan yang sifatnya sinis
di matanya semua
munafik, pendusta
cerminlah dirimu
kita semua sama
tiada yang sempurna
yang nyata kita
hanya manusia
Cerminlah diri
cerminlah diri
cerminlah diri
sendiri.

SHAFI©UOTES

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3